Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS tawar rebat cukai taksiran hingga RM8 mulai 1 Januari

image
  5:21 pm
 

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menawarkan rebat cukai taksiran kepada pelanggan yang membuat bayaran secara dalam talian mulai 1 Januari lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, kempen yang berlangsung sehingga 30 April menawarkan rebat antara RM3 hingga RM6 dengan tambahan RM2 jika melanggan bil maya MPHS Pay.

Jelasnya, tawaran hanya terbuka kepada kategori harta kediaman dengan pemilikan atas nama individu yang mempunyai tuntutan pembayaran sahaja, termasuk tunggakan jika ada.

“Pemberian rebat terhad kepada RM150,000 yang pertama. MPHS berhak meminda atau mengubah sebahagian atau semua terma dan syarat kempen tanpa notis,” katanya di Facebook.

Maklumat lanjut hubungi Jabatan Perbendaharaan MPHS di talian 03-6064 1331 sambungan 135/151.

Saluran pembayaran dan jumlah rebat seperti berikut:

1. MPHS Pay
-RM6 bagi bayaran cukai setahun sahaja + RM2 sekiranya berjaya melanggani bil maya MPHS

2. JomPAY
-RM6 bagi bayaran cukai setahun sahaja

3. Perbankan internet
-RM6 bagi bayaran cukai setahun sahaja

4. e-dompet
-RM6 bagi bayaran cukai setahun sahaja

5. Sistem e-billing MPHS
-RM3 bagi setiap penggal


Kemaskini pada 2024-01-17 11:08:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page