A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Tembok Pagar Akhirnya Runtuh
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tembok Pagar Akhirnya Runtuh

  • Beginilah keadaan rumah Ali Mohamad yang runtuh berpunca daripada masalab longkang.Beginilah keadaan rumah Ali Mohamad yang runtuh berpunca daripada masalab longkang.
< 1 / 1 >

SERENDAH - Kelewatan tindakan daripada pihak berwajib menyelesaikan masalah longkang rebak di Kampung Melaka menyebabkan tembok pagar rumah seorang penduduknya runtuh.

Pemilik rumah, Ali Mohamad Jan Mohamad berkata, tembok pagar rumahnya runtuh ketika hujan lebat pada petang Jumaat lalu itu sehingga kini punca masalah itu masih belum dibaiki pihak berwajib.

“Tembok pagar memang sudah tidak dapat bertahan sebab longkang memang dah lama rebak jadi bila hujan lebat limpahan air pula laju menyebabkan ia runtuh,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, susulan kejadian itu Setiausaha Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Azman Dahlan dan ahli majlis, June Leow telah melawat rumahnya dan meminta beliau mengemukakan maklumat berkaitan masalah tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

Katanya, masalah itu bukan baharu berlaku malah dia telah mengutarakan aduan mengenainya sejak 2012 dan disusuli dengan pendedahan di Sinar Harian.

Ali Mohamad berkata, masalah timbul apabila longkang yang berusia lebih 40 tahun itu rebak dan sistem salirannya bermasalah serta pernah beberapa kali melimpah yang menyebabkan banjir lumpur.

Sementara itu, June ketika dihubungi berkata, pihak MDHS akan mendapatkan dana untuk membaiki longkang berkenaan walaupun bukan di bawah seliaan pihak berkuasa itu.

“Saya difahamkan dua buah rumah di kawasan itu setakat ini tidak dikenakan cukai pintu jadi boleh dikatakan bukan di bawah pemantauan majlis.

“Tapi pihak majlis akan cuba mendapatkan dana untuk membaiki longkang itu dan juga pembersihan longkang majlis hanya buat kerja secara ihsan.

“Bagaimanapun majlis akan lihat balik perkara ini dan hantar pegawai untuk buat lawatan tapak,” katanya.


Kemaskini pada 2014-08-21 10:39:31 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page