Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dinobat Taman Contoh

  • Mohd Rizwan (tiga, kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Mohd Isa Abu Kasim (tengah) dan AJK persatuan penduduk Daisy.Mohd Rizwan (tiga, kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Mohd Isa Abu Kasim (tengah) dan AJK persatuan penduduk Daisy.
< 1 / 1 >

BUKIT SENTOSA - Mencatatkan jenayah sifar sepanjang tahun dan memenangi anugerah persekitaran indah, taman terbersih serta berjaya menyatupadukan penduduk pelbagai kaum sememangnya mengundang rasa 'cemburu' taman perumahan lain terhadap Taman Perumahan Daisy.

Pengerusi Persatuan Penduduknya, Mohd Rizwan Zainal Abidin berkata, perkara itu juga mendorong kebanyakan taman perumahan berhampiran mencontohi langkah serta pendekatan dilaksanakan penduduknya demi keselamatan dan keharmonian semua.

“Bermula Jun 2013 hingga Ogos lalu, perumahan Daisy tidak mencatat sebarang kes jenayah termasuk kacau ganggu.

“Sejak KRT (Kawasan Rukun Tetangga) ditubuhkan bersama persatuan penduduk, tak ada lagi jenayah melibatkan kecurian atau kacau ganggu seperti orang buat bising.

“Sebab itu juga kita lihat telah wujud taman perumahan berhampiran yang melakukan tindakan sama seperti yang kita buat selama ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Komuniti Selamat, Persekitaran Ceria anjuran bersama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Hadir menyempurnakan program tersebut, Orang Besar Daerah, Datuk Aman Shah Mohd Shahar dan Pemangku Yang Dipertua MDHS, Azman Dahlan.

Mohd Rizwan berkata, suasana persekitaran selamat di kawasan perumahan Daisy tidak akan dirasai seandainya tiada kerjasama daripada pihak PDRM yang sering mengadakan rondaan.

Katanya, tindakan itu sangat dihargai kerana hubungan baik bersama komuniti membolehkan segala permasalahan melibatkan kes ketenteraman awam dan jenayah dapat diatasi.

“Perkara ini yang turut dicontohi penduduk di taman perumahan lain dan kita rasa bangga sebagai kelompok minoriti yang berjaya membentuk sikap positif penduduk kawasan ini.

“Ada juga yang datang bertanya terutama kaedah terbaik menyatukan penduduk berlainan kaum kerana itu paling sukar dilakukan kebanyakan tempat,” katanya.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:24:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page