Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tinggal Kabel Tengah Jalan

  • Beginilah keadaan permukaan jalan dan kesan kerja membaik pulih kabel utiliti di Jalan Melati.Beginilah keadaan permukaan jalan dan kesan kerja membaik pulih kabel utiliti di Jalan Melati.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Tindakan kontraktor yang melakukan kerja membaik pulih utiliti telekomunikasi di kawasan ini dilihat boleh mengundang masalah dan bahaya kepada penduduk.

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), June Leow berkata, kebanyakan kawasan yang telah dibaik pulih membentuk permukaan yang tidak rata dan diletakkan kayu yang tidak bersesuaian.

“Kabel yang ditanam bawah tanah lebih tinggi dari paras permukaan jalan sehingga mendatangkan bahaya.

“Malah ada setengah kabel terletak di tengah jalan terutama di kawasan perniagaan Jalan Melati Bukit Beruntung,” katanya.

Menurutnya, isu tersebut telah dibawa ke dalam mesyuarat MDHS bersama pegawai daripada agensi berkaitan dan laporan berserta gambar juga dihantar ke pejabat agensi itu awal tahun ini.

“Tapi sampai hari ini tindakan belum diambil. Kita harap pihak berkenaan jangan abai keselamatan pengguna jalan raya," katanya.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:23:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page