Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

LAPORAN TANAH RUNTUH DIKELUARKAN JUMAAT

HULU SELANGOR - Laporan penuh insiden kejadian tanah runtuh di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, di sini, akan dikeluarkan Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, laporan itu akan dibentangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata, menurut laporan terkini JKR bersama Majlis Daerah Hulu Selangor, mendapati pergerakan tanah pada tahap minimum didapati masih berlaku.

Disebabkan situasi berkenaan, Azmin berkata, JKR sedang menjalankan kerja-kerja memasang cerucuk keping sebagai langkah menstabilkan tanah di kawasan dua lagi blok apartment di situ.

"Usaha memasang 'sheet pile' (cerucuk keping) masih dijalankan kerana bimbang tembok yang sedia ada itu runtuh lagi. Sekiranya petang ini hujan turun, kita akan memasang kanvas bagi mengelakkan tanah jatuh," katanya selepas majlis sambutan Deepavali bersama mangsa tanah runtuh di sini hari ini.

Azmin berkata, JKR turut melakukan pemasangan alat pengesan di kawasan tanah runtuh itu dan sedang menjalankan kajian tanah bagi membolehkan kerja-kerja memotong bukit di kawasan yang terlibat.

"Sebaik sahaja laporan keluar, jika perlu kami telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja memotong (bukit). Ia bagi memastikan bebanan tanah itu tidak terlalu besar," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetap di dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin.

Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (142 keluarga, 517 orang), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 (45 keluarga, 196 orang) dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (32 keluarga, 147 orang). - Bernama

Kemaskini pada 2015-01-08 17:22:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page