Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Parkir Berbayar Tangguh Lagi

  • Sistem parkir berbayar di bawah pentadbiran MDHS ditangguhkan.Sistem parkir berbayar di bawah pentadbiran MDHS ditangguhkan.
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - Penduduk di daerah ini menerima berita gembira apabila Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengumumkan penangguhan pelaksanaan parkir berbayar buat kali ketiga.

Perkara itu diumumkan dalam mesyuarat penuh bulanan selepas mengambil kira bantahan dari ahli majlis dan juga pengguna.

Ahli majlis MDHS, June Leow berkata, penangguhan itu bersesuaian dengan keadaan semasa selepas rakyat dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan minyak juga perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menurutnya, MDHS perlu menumpukan kepada peningkatan infrastruktur terlebih dahulu sebelum perkenalkan sistem perkhidmatan caj parkir.

“Pembayar cukai amat sensitif dengan isu prasarana dan jika dibebankan pula dengan parkir berbayar boleh menimbulkan kemarahan.

“Kemudahan parkir juga digunakan pengguna tempatan berbanding orang luar yang datang ke daerah ini kerana bukan tumpuan pelancong,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, cadangan perlaksanaan yang diputuskan berikutan masalah salah guna petak oleh segelintir pengguna di kawasan tumpuan sebelum ini, boleh diselesaikan melalui penguatkuasaan.

“Pemilik premis seperti bengkel yang menggunakan parkir di hadapan kedai perlu memohon sewa bulanan kepada MDHS kerana kemudahan itu adalah untuk semua.

“Penangguhan adalah kali ketiga dibuat dalam tempoh empat tahun bermula 2011 diikuti 2013 dan terakhir pada September 2014 dalam pembentangan bajet jawatankuasa kewangan,” katanya.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:21:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page