Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Risau Tiang Elektrik Hampir Tumbang

  • Yee Men (tengah) meninjau kawasan selepas menerima aduan penduduk.Yee Men (tengah) meninjau kawasan selepas menerima aduan penduduk.
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - Sebatang tiang elektrik yang menunggu masa untuk tumbang dan hanya diikat dengan dawai menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna khususnya kanak-kanak yang bermain di kawasan padang permainan Kampung Sejantung, Kalumpang, di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Liew Yee Men, sehingga kelmarin tiang tersebut masih belum dibaiki dan ia dikhuatiri akan membahayakan keselamatan semua pengguna yang beriadah di situ.

Beliau berkata, pihaknya menggesa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk melakukan kerja pembaikan segera, sebelum sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Sebagai langkah awal, selepas menerima aduan daripada penduduk sekitar tentang kebimbangan mereka, kami terus membuat aduan melalui laman web MDHS.

“Jika dulu padang hanya digunakan pada waktu petang, tetapi kini selepas lampu dipasang di situ, kebanyakan remaja turut menggunakannya sehingga malam untuk bermain bola keranjang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pihaknya berharap tahap kebersihan kawasan tersebut juga dapat dipertingkatkan termasuk pemotongan rumput dan pengurusan sampah.

“Kawasan ini disenaraikan sebagai kawasan pembiakan aedes. Sampah di sini berterabur dan dilonggokkan di satu kawasan, selepas tidak dibekalkan tong sampah, sementara rumput pula sudah dua bulan tidak dipotong,” katanya.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:20:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page