Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Nasib 150 Mangsa Banjir Terbela

  • Sebahagian mangsa banjir yang hadir menerima bantuan.Sebahagian mangsa banjir yang hadir menerima bantuan.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BARU - Seramai 150 mangsa banjir di sekitar Dun Hulu Bernam kini menarik nafas lega, selepas nasib mereka mendapat perhatian Biro Kebajikan Umno.

Penduduk, Siti Mariam Abdul Ghafur, 62, berkata, dalam kejadian 1 Disember lalu, kediamannya dinaiki air sekitar jam 1 pagi, selepas berlaku hujan lebat.

Katanya, sebelum ini rumahnya pernah dinaiki air, namun ia tidak seteruk keadaan yang berlaku baru-baru ini.

“Banjir kali ini habis barang keperluan makcik. Perabot semua musnah, air cepat sangat naik...” katanya selepas menerima bantuan yang diserahkan di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Gesir.

Menurutnya, kejadian tersebut menyebabkannya kerugian kira-kira RM30,000 dan dia sekeluarga dipindahkan ke Kem Geo Kosmo, Gesir.

“Kami ditempatkan di situ selama empat hari. Selepas air surut, semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Sementara itu, warga emas, Mohd Yusoff Abdul Ghani, 75, berkata, dia yang menetap di Kampung Masjid Sungai Selisek turut menerima nasib sama.

Dia yang menetap bersama isterinya berkata, mereka terkejut apabila dimaklumkan jiran sekitar jam 1 pagi berhubung kejadian tersebut.

“Masa tu, air baru naik... pakcik dengan orang rumah terus lekas-lekas selamatkan barang yang penting, sebab takut ia rosak,” katanya sambil mengucapkan syukur atas bantuan yang dihulurkan bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

Katanya, bantuan yang diterima bantu meringankan kesusahan yang dialami mangsa.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya kini sudah bersiap-sedia menyalurkan bantuan susulan kepada mangsa-mangsa yang berdepan situasi bencana alam.

Beliau berkata, pihak biro kebajikan akan bertindak menyalurkan bantuan selepas mendapat maklumat yang disalurkan oleh bahagian masing-masing.

“Kita sudah bersiap sedia 24 jam bagi menghadapi bencana alam untuk menyalurkan bantuan-bantuan kepada mangsa terlibat,” katanya.

Abdul Azeez berkata, pihaknya akan memberi keutamaan kepada kawasan yang sangat memerlukan bantuan terlebih dahulu bagi memastikan beban setiap mangsa dapat dikurangkan.

Sementara itu katanya, pihaknya akan menutup bilik gerakan pada 19 Januari hadapan, sekiranya tiada sebarang insiden bencana alam berlaku selepas ini.

Adun Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar turut turun padang bagi menyampaikan bantuan berkenaan.


Kemaskini pada 2014-12-15 15:03:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page