Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Nur Farah Kartini ditemui mati, dipercayai dibunuh

Mayat mangsa, Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun ditemui kira-kira jam 6 petang.
Mayat mangsa, Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun ditemui kira-kira jam 6 petang.

HULU SELANGOR - Misteri kehilangan seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan dekat Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, dekat sini dipercayai dibunuh pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat mangsa, Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun ditemui kira-kira jam 6 petang.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan setakat ini kita telah menjalankan tangkapan berkaitan kes ini.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
 

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi.
Mangsa yang berasal dari Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.


Kemaskini pada 2024-07-16 07:56:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page