Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kes bunuh Nur Farah Kartini, polis tahan teman lelaki

Hussein. Gambar kecil: Nur Farah Kartini
Hussein. Gambar kecil: Nur Farah Kartini

HULU SELANGOR - Polis tahan teman lelaki mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang juga penjawat awam berusia 26 tahun.

"Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

"Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang berkait laporan di Tanjung Malim pada Rabu lalu," katanya.

Pada Isnin, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.
 

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi.
Mangsa yang berasal dari Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Hussein berkata, mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.


Kemaskini pada 2024-07-16 07:58:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page