Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kami Mohon MB Campur Tangan

  • Bekas peneroka berkumpul menuntut baki tunggakan yang tertangguh sejak 20 tahun lalu diselesaikan.Bekas peneroka berkumpul menuntut baki tunggakan yang tertangguh sejak 20 tahun lalu diselesaikan.
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - Seramai 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya menggesa kerajaan negeri campur tangan bagi membantu mencari kaedah praktikal dalam menyelesaikan baki bayaran tertunggak bernilai kira-kira RM227 juta hasil penjualan serta pembangunan tanah ladang seluas 1,254.5 hektar, selepas pembatalan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) sekitar tahun 1994.

Semalam genap 20 tahun penantian mereka menuntut baki bayaran yang sepatutnya diselesaikan sepenuhnya pada 1998 mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama dengan syarikat pemaju.

Bekas peneroka, Makkazen Mazuki, 74, berkata, pada peringkat awal proses pembayaran berjalan lancar sehinggalah pembangunan projek usaha sama antara pemaju dengan rakan kongsinya mengalami masalah dan ditamatkan pada 2002.

“Sehingga 2002 kami menerima bayaran kira-kira RM300,000 hasil bayaran secara beransur-ansur sejak 1994 dan syarikat pemaju yang merupakan syarikat milik peneroka masih berhutang secara purata RM650,000 setiap seorang.

“Daripada 363 bekas peneroka, kini hanya tinggal kira-kira 70 orang sahaja yang masih hidup dan kami tidak dapat bertolak ansur lagi kerana sudah menanti penyelesaian selama 20 tahun,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, peneroka mahukan penyelesaian bayaran tertunggak secara penuh dan sekali gus.

Sementara itu, waris kepada salah seorang bekas peneroka, Sallehuddin Ahmad, 48, berkata, kerajaan negeri dirayu agar membuat pertimbangan khas untuk mengembalikan tanah seluas kira-kira 404.7 hektar yang dirampas pada 2010 daripada syarikat pemaju, selepas kegagalan menjelaskan cukai tanah.

“Seramai 363 bekas peneroka seharusnya diiktiraf sebagai pemilik asal dan sewajarnya hak mereka ke atas tanah-tanah tersebut dikembalikan.

“Permasalahan yang melanda bekas-bekas peneroka hanya mampu diselesaikan secara mutlak sekiranya baki tanah  647.5 hektar yang belum dimajukan dijual kepada syarikat pemaju yang berminat dan berkemampuan tetapi tidak dapat berbuat demikian apabila sebahagian tanah tersebut telah dirampas.

“Kami sudah hantar memo rayuan kepada kerajaan negeri tahun ini dan harapan kami supaya peralihan menteri besar baru di bawah Azmin Ali dapat menyemak semula perkara ini,” katanya.

Semalam, kira-kira 200 bekas peneroka dan waris berkumpul dalam satu sesi taklimat yang diadakan sempena 20 tahun penjualan tanah mereka.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:19:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page