Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ubah Jadikan Kawasan Parkir

  • Walaupun notis larangan dipaparkan masih terdapat pihak yang melakukan pembuangan sampah.Walaupun notis larangan dipaparkan masih terdapat pihak yang melakukan pembuangan sampah.
< 1 / 1 >
SUNGAI BUAYA - Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya (PPBSB) mencadangkan supaya tapak pembuangan sampah di hadapan pasar awam di sini dibangunkan  menjadi  parkir pengunjung.

Yang Dipertuanya, Mohd Fadglullah Ibrahim berkata, cadangan berkenaan adalah bagi membolehkan tapak pembuangan sampah itu dapat ditutup secara menyeluruh bagi memastikan ia tidak lagi menjadi tumpuan masyarakat setempat.

Menurutnya, lokasi pembuangan tersebut sering menjadi tumpuan pembuangan sampah walaupun Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)  telah menempatkan tong sampah di setiap rumah kediaman.

“Ada antara penduduk yang cuba untuk menggelakkan kediaman mereka dari berbau busuk dan membuang sampah harian di pasar ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Fadglullah, sebelum ini MDHS menempatkan tong sampah besar di pasar itu bagi memudahkan peniaga membuang sisa harian mereka.

Namun begitu Fadglullah memaklumkan bahawa disebabkan oleh lokasi berkenaan turut menjadi tumpuan penduduk, MDHS telah menutup kawasan pembuangan sampah itu bagi menggelakkan ia menjadi tidak terkawal.

“Walaupun telah ditutup, masih ada pihak yang membuang sampah di sini pada setiap hari hingga menyebabkan bau busuk.

“Jadi oleh sebab itu, kami mencadangkan supaya tapak ini dibangunkan untuk dijadikan sebagai tempat parkir,” katanya.

Dalam pada itu, menurut seorang peniaga ayam di pasar berkenaan, Salleh Busu, 60, pembuangan sampah di sini memberikan gambaran buruk  kepada peniaga di sini pada setiap.

Salleh berkata, setiap peniaga disediakan tong sampah dan kebanyakan sisa di  luar pasar berkenaan dibuang penduduk di kawasan ini.

“Kami yang meniaga di sini terpaksa berdepan dengan bau busuk disebabkan oleh tindakan pihak lain yang membuang sampah di sini.

“Malah saya juga pernah melihat ada pihak yang hanya membuang sampah melalui tingkap kenderaan dan terus berlalu pergi tanpa rasa bersalah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PPBSB, Mohd Lutfi Mat Saad berkata, cadangan bagi membangunkan tapak pembuangan sampah itu dapat menyelesaikan masalah pembuangan sampah di kawasan berkenaan yang berterusan sehingga hari ini.

Tambahnya, sekiranya tiada sebarang pelaksanaan dijalankan di tapak tersebut, masalah ini dilihat tidak akan selesai dan menggusarkan peniaga serta masyarakat lain yang menetap di sini.

“Cadangan bagi melaksanakan pembinaan parkir amat bersesuaian di samping dapat turut membantu dalam menambah jumlah parkir di pasar ini,” katanya.

Kemaskini pada 2016-02-22 08:26:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page