Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

KANUN TANAH NEGARA 425 DAN 426

KANUN TANAH NEGARA – Seksyen 425

Seksyen 425 Kanun Tanah Negara, Akta 828 – Pendudukan secara tak sah, dll., tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.

  • Adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen ini sekiranya terdapat mana – mana pihak yang menduduki tanah Kerajaan tanpa kebenaran.
  • Seksyen 425 (a) menyatakan tiada pihak yang layak menduduki, atau membina apa – apa bangunan di atas, mana – mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.
  • Seksyen 425 (b) menyatakan bahawa tiada pengusaha yang layak membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana – mana tanah sedemikian atau bahagian darinya
  • Seksyen 425 (c) tiada pihak yang layak untuk memotong, atau memindah apa – apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian.
  • Sekiranya didapati bersalah, suatu denda yang akan dikenakan adalah tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua – duanya.

Berikut adalah contoh pendudukan secara tak sah di atas tanah Kerajaan yang telah dikenakan tindakan perobohan.

 

image

Pencerobohan tanah rizab sungai

KANUN TANAH NEGARA – Seksyen 426

Seksyen 426 Kanun Tanah Negara, Akta 828 – Pengekstrakan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah.

  • Tiada mana – mana pihak dibenarkan untuk membuat sebarang pengekstrakan atau pemindahan bahan batuan tanpa kebenaran daripada Pihak Pentadbir Negeri.
  • Bahan batuan mengikut seksyen 5 KTN adalah seperti:
    • Batu
    • Kelikir
    • Pasir biasa
    • Tanah biasa
    • Laterit biasa
    •  Tanah gembur
    • Tanah liat biasa
    • Tanah lumpur
    • Tanah rumput
    • Gambur
    • Karang
    • Cengkerang

 

  • Seksyen 426 (1) menjelaskan bahawa mana – mana pihak tanpa kebenaran yang sah mengekstrak, memindah, atau mengangkut, atau membenarkan pengekstrakan, pemindahan atau pengangkutan bahan batuan dari mana – mana tanah adalah melakukan suatu kesalahan
  • Jika didapati bersalah akan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua – duanya.

Kemaskini pada 2024-08-07 09:57:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page