KANUN TANAH NEGARA – Seksyen 425
Seksyen 425 Kanun Tanah Negara, Akta 828 – Pendudukan secara tak sah, dll., tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.
- Adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen ini sekiranya terdapat mana – mana pihak yang menduduki tanah Kerajaan tanpa kebenaran.
- Seksyen 425 (a) menyatakan tiada pihak yang layak menduduki, atau membina apa – apa bangunan di atas, mana – mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.
- Seksyen 425 (b) menyatakan bahawa tiada pengusaha yang layak membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana – mana tanah sedemikian atau bahagian darinya
- Seksyen 425 (c) tiada pihak yang layak untuk memotong, atau memindah apa – apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian.
- Sekiranya didapati bersalah, suatu denda yang akan dikenakan adalah tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua – duanya.
Berikut adalah contoh pendudukan secara tak sah di atas tanah Kerajaan yang telah dikenakan tindakan perobohan.
Pencerobohan tanah rizab sungai
KANUN TANAH NEGARA – Seksyen 426
Seksyen 426 Kanun Tanah Negara, Akta 828 – Pengekstrakan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah.
- Tiada mana – mana pihak dibenarkan untuk membuat sebarang pengekstrakan atau pemindahan bahan batuan tanpa kebenaran daripada Pihak Pentadbir Negeri.
- Bahan batuan mengikut seksyen 5 KTN adalah seperti:
- Batu
- Kelikir
- Pasir biasa
- Tanah biasa
- Laterit biasa
- Tanah gembur
- Tanah liat biasa
- Tanah lumpur
- Tanah rumput
- Gambur
- Karang
- Cengkerang
- Seksyen 426 (1) menjelaskan bahawa mana – mana pihak tanpa kebenaran yang sah mengekstrak, memindah, atau mengangkut, atau membenarkan pengekstrakan, pemindahan atau pengangkutan bahan batuan dari mana – mana tanah adalah melakukan suatu kesalahan
- Jika didapati bersalah akan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua – duanya.
Kemaskini pada 2024-08-07 09:57:48 daripada Administrator