Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penunggang Motor Patah Paha

  • Khairul Anuar terbaring di atas jalan selepas berlanggar dengan kereta dipandu warga Jepun itu.Khairul Anuar terbaring di atas jalan selepas berlanggar dengan kereta dipandu warga Jepun itu.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Seorang penunggang motosikal bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam kemalangan, awal pagi kelmarin.

Mangsa yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Gerak Kilat, Bukit Sentosa Beruntung Resident (BSBR), Khairul Anuar A Majid, 39, menunggang motosikal secara
bersendirian berlanggar dengan sebuah kereta dinaiki lelaki warga Jepun yang gagal mengawal kenderaan akibat mengalami masalah tayar.

Pengerusi Gerak Kilat, Roslee Jamaludin berkata, Khairul Anuar terlibat dalam kemalangan berkenaan ketika sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Bukit Beruntung-Sg Choh.

“Khairul nak ke tempat kerja dan kereta Perodua Axia itu pun di laluan sama.

“Ikut laporan yang saya terima, tayar kereta Axia dipandu lelaki Jepun itu dikatakan ada masalah dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Motor Khairul di belakang gagal mengelak kereta Axia dan terus merempuh bahagian pintu pemandu,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan Khairul patah paha kanan dan mengalami kecederaan pada kepala dan muka.

Katanya, Khairul dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan terpaksa menjalani pembedahan pada paha kanannya, semalam.

“Saya sendiri telah melawat Khairul yang kini ditempatkan di Wad 5A dan lawatan susulan akan dibuat selepas ini untuk melihat perkembangan keadaannya sambil memberikan bantuan sewajarnya,” katanya.

Roslee berkata, beliau juga telah mengusahakan proses tuntutan insurans untuk Khairul Anuar selain memberikan bantuan berkaitan.


Kemaskini pada 2015-02-04 08:09:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page