Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pili Bomba Gagal Berfungsi

  • Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak.Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Sebuah stor pengumpulan barangan lusuh mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus selepas terlibat dalam kejadian kebakaran di Jalan Kamunting 4, semalam.

Malah, kerja pemadaman juga sukar dilakukan berikutan pili bomba yang terdapat di kawasan berkenaan dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru, Kireecharan Terumal berkata, pihaknya mendapat maklumat kira-kira jam 9.05 pagi dan dua jentera dari balai berkenaan dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi berkenaan, pihaknya mendapati api telah marak dan hampir merebak ke dua kilang lain bersebelahan stor pengumpulan barangan lusuh terbabit.

“Kami terpaksa bertindak cepat untuk mengawal kebakaran bagi mengelakkan api berkenaan merebak ke kilang lain yang terdapat di sini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal api dalam masa 15 minit dan kerja pemadaman selesai sepenuhnya dalam tempoh dua jam.

"Kerja pemadaman mengalami sedikit kesukaran memandangkan kebakaran itu melibatkan komponen getah dan plastik.

“Saya juga turut kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan pili bomba di kawasan ini sehingga menyukarkan kerja pemadaman api," katanya.

Dalam pada itu, Kireecharan berkata, buat masa ini, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.

"Pemilik pusat barangan lusuh terbabit turut mendakwa pihaknya mengalami kerugian sekitar RM1 juta.

“Bagaimanapun, kita masih belum mengetahui punca sebenar kejadian dan siasatan terperinci masih sedang dijalankan,” katanya.


Kemaskini pada 2016-02-22 08:28:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page