DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Dilema Berakhir

  • Kerja pembinaan di tapak projek berkenaan kini giat dilaksanakan oleh pemaju.Kerja pembinaan di tapak projek berkenaan kini giat dilaksanakan oleh pemaju.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BAHRU - Isu projek pembinaan Taman Perumahan Desa Bukit Bujang yang tergendala sejak 9 tahun lalu kini dapat diteruskan semula setelah kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, sebelum ini projek berkenaan tergendala disebabkan isu pembayaran kos infrastruktur serta masalah pemberimilikan tanah sehingga menyebabkannya berlarutan beberapa tahun.

Menurutnya, keadaan itu mengundang keresahan pembeli yang telah menunggu begitu lama bagi memiliki rumah tersebut.

“Malah sebelum ini, terdapat juga sebilangan penduduk yang mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju disebabkan oleh permasalahan yang berlaku itu,” katanya ketika mengadakan lawatan tapak ke taman berkenaan.

Menurutnya, pada tahun 1995 kawasan berkenaan pada asalnya dimajukan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah bersama pemaju terlibat bagi pelaksanaan Program Pembesaran Kampung melibatkan tanah seluas 165 ekar.

Kee Hiong berkata, namun begitu masalah berlaku apabila timbulnya isu masalah kos infrastruktur yang sepatutnya ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) Hulu Selangor.

“Sejak itu, saya telah bawa isu ini beberapa kali ke Sidang Dewan Undangan Negeri bagi mendapatkan perhatian dan tindakan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Kee Hiong memaklumkan bahawa menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada Oktober tahun lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bersetuju untuk memberi kelulusan bagi hak pemberimilikan tanah dalam usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain itu, menerusi keputusan mesyuarat berkenaan juga, Kee Hiong berkata, pemaju terlibat turut dikehendaki membayar premium tanah di sini mengikut harga pasaran.

“Kos infrastruktur yang menjadi isu sebelum ini akan diserap di dalam harga jualan rumah bagi mengatasi masalah ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, menerusi pemantauan yang dijalankan di tapak projek berkenaan, Kee Hiong memaklumkan bahawa kebanyakan rumah yang dibina kini telah hampir siap 95 peratus.

Katanya, pihaknya yakin projek ini akan berjaya menyediakan kawasan perumahan yang ideal bagi rakyat di negeri ini pada masa depan.

“Buat masa kini, kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan oleh pihak pemaju terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, pihak yang berminat untuk membeli rumah di kawasan ini boleh berhubung terus dengan Setiausaha JKKK Kampung Ampang Pecah di talian 013-602 2095 atau 013-305 3577.


Kemaskini pada 2015-02-13 09:14:34 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page