Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiada Kompromi Ingkar Arahan

  • Anggota penguatkuasa MDHS mengeluarkan kompaun terhadap peniaga tidak mempunyai lesen perniagaan sah.Anggota penguatkuasa MDHS mengeluarkan kompaun terhadap peniaga tidak mempunyai lesen perniagaan sah.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan mengeluarkan kompaun terhadap pesalah yang melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Penolong Pegawai Penerangan, Unit Aduan, Perhubungan Awam dan Korporatnya, Junainah Abdullah berkata, bagi tempoh Januari lalu sebanyak 133 notis kompaun dikeluarkan Bahagian Penguatkuasaan MDHS meliputi pelbagai kesalahan menerusi operasi pemantauan secara berkala.

Menurutnya, pemantauan dan tindakan secara berkala ini dilaksanakan sekitar Bukit Sentosa khususnya berhampiran Jalan Orkid berikutan lokasi itu antara kawasan hotspot serta turut mendapat banyak aduan penduduk.

“Sejak Januari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDHS menjalankan pemantauan secara berkala di sini dan beberapa tindakan kompaun diambil terhadap pesalah yang melakukan kesalahan mengikut undang-undang MDHS,” katanya.

Katanya, daripada jumlah notis yang dikeluarkan itu, sebanyak 55 kompaun dikenakan terhadap penjaja haram yang beroperasi tanpa mendapat kelulusan lesen yang sah daripada MDHS di sekitar kawasan ini.

Junainah berkata, tindakan berkenaan diambil di bawah peruntukan Undang Undang Kecil (UUK) Penjaja (MDHS) 2007 dan boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000.

“Sejumlah 41.35 peratus jumlah kompaun dikeluarkan sepanjang bulan lalu adalah dibawah kesalahan undang-undang kecil penjaja dan MDHS akan meneruskan pemantauan ini bagi elak ada pihak mengambil kesempatan beroperasi secara tidak sah,” katanya.

Dalam pada itu, Junainah memaklumkan bahawa pihaknya turut mengambil tindakan terhadap segelintir pemandu kenderaan berat yang memakirkan kenderaan di kawasan taman sehingga mengundang risiko bahaya buat penduduk setempat.

Junainah berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak 32 notis kompaun dikeluarkan di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Taman (MDHS) 2007.

“Disebabkan masih ada pemandu meletakkan kenderaan berat dalam kawasan taman, MDHS terpaksa mengeluarkan kompaun,” katanya.

“MDHS akan meneruskan pemantauan secara berkala ini dalam usaha bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan serta melanggar undang-undang yang telah ditetapkan sebelum ini.


Kemaskini pada 2016-02-22 08:28:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page