Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kenderaan Berat Ancam Nyawa

  • Kenderaan berat ancam nyawaLaluan yang seringkali menjadi tumpuan kenderaan berat.
< 1 / 1 >

ULU YAM BHARU - Penduduk di Kampung Kalong Tengah berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap segelintir pemandu kenderaan berat yang menggunakan laluan di sini bagi menghantar muatan pada setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Bahari Baharom berkata, tindakan pemandu terbabit yang sering membawa lebih muatan menimbulkan rasa kurang senang penduduk di samping memberi risiko bahaya.

Menurut Bahari, kenderaan berat terbabit seringkali menggunakan laluan itu bagi menjimatkan masa dan tindakan tersebut dilihat amat tidak wajar.

“Mereka akan menggunakan laluan potong pada setiap hari untuk menghantar muatan ke tapak pembangunan berhampiran Ligamas.

“Keadaan itu menyebabkan penduduk resah kerana mereka berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya ketika Majlis Dialog bersama agensi kerajaan di Hulu Selangor.

Mengikut spesifikasi ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini, Bahari memaklumkan bahawa laluan itu hanya dapat menampung kenderaan seberat kira-kira 13 tan sahaja.

Namun begitu, Bahari berkata, kebanyakan lori yang lalu-lalang di sini dikesan membawa lebih muatan sehingga mampu mengancam nyawa pengguna lalu lintas lain.

“Jika mereka tidak membawa muatan, lori-lori berkenaan akan dipandu dengan lebih laju dan keadaan itu sememangnya merisikokan penduduk setempat,” katanya.

Menerusi sesi dialog berkenaan, Bahari memaklumkan bahawa pihak JKR turut bercadang untuk meletakkan papan tanda di sekitar kawasan-kawasan ‘hotspot’ yang seringkali menjadi laluan pemandu lori terbabit.

Jelas Bahari, cadangan penduduk sebelum ini supaya pembinaan bonggol dilaksanakan di laluan berkenaan terpaksa ditolak oleh JKR memandangkan ia akan menimbulkan masalah lain pada masa hadapan.

“Jika letak bonggol, keadaan lalu lintas akan terganggu dan menyebabkan kelewatan khususnya pada waktu puncak,” katanya.

Hadir sama dalam sesi dialog tersebut adalah Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan bersama agensi kerajaan seperti Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), JKR, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Pusat Zakat Selangor Cawangan KKB, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertanian serta Kemas.


Kemaskini pada 2016-02-22 08:31:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page