Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bantu Tingkat Sistem Keselamatan

  • Bantu tingkat sistem keselamatanKamalanathan memotong riben sebagai simbolik kepada perasmian kabin berkenaan.
< 1 / 1 >

BUKIT SENTOSA - Bagi meningkatkan sistem keselamatan di Taman Daisi, sebuah kabin ditubuhkan di kawasan berkenaan bagi memudahkan operasi kawalan dilaksanakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), di sini. Pengerusi KRT Taman Daisi, Mazlan Manan berkata, kabin tersebut hasil sumbangan daripada Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi memantapkan sistem keselamatan selain dijadikan sebagai lokasi pusat sehenti buat penduduk setempat.

"Sejak penubuhan KRT pada 2013 lalu, pelbagai penambahbaikan berjaya dilaksanakan di kawasan ini.

“Antara yang ketara adalah kadar kes jenayah di sini menunjukkan penurunan selepas KRT ditubuhkan dan ini merupakan perkembangan yang amat memberangsangkan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Perumahan Daisi (PPPD), semalam.

Sebelum ini, Mazlan memaklumkan kadar jenayah di kawasan berkenaan amat membimbangkan di mana sebanyak sembilan kes dilaporkan berlaku dalam tempoh masa satu minggu.

"Tapi selepas penubuhan KRT ini, tak ada sebarang kes jenayah pecah rumah dan kecurian motosikal dilaporkan berlaku.

“Kita mencatatkan perkembangan yang baik apabila kadar jenayah di sini berjaya diturun 100 peratus hasil daripada kawalan keselamatan yang dilaksanakan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kamalanathan yang turut turun padang merasmikan kabin berkenaan berharap penduduk dapat menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.

“Apabila persatuan penduduk dan KRT aktif, ini akan menjalinkan persefahaman baik antara kedua pihak dan membantu dalam meningkatkan keselamatan,” katanya yang turut berkesempatan memberikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,500, tiang gol, tiga set jersi serta peralatan sukan kepada persatuan penduduk di sini.

“Sumbangan ini adalah bagi menaikkan lagi semangat anak-anak penduduk untuk terus bersukan dengan kemudahan yang lengkap,” katanya


Kemaskini pada 2015-03-11 08:10:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page