Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemegang kad OKU bukan tiket lakukan jenayah - Tokoh OKU

 

Tular seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pada Jumaat.

Tular seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pada Jumaat.

 

SHAH ALAM - Seorang tokoh belia orang kurang upaya (OKU) berpandangan status OKU bukan tiket bagi seseorang individu untuk melakukan jenayah. Sebaliknya, Ikon Anak Istimewa Selangor (ANIS), Nur Arif Jasmin menegaskan mana-mana pesalah jenayah sekiranya terbukti berstatus OKU, wajar dikenakan hukuman setimpal sama seperti orang lain.

 

Jelas Nur Arif, pelaku akan diuji tahap kewarasannya oleh pakar psikiatri dan apabila terbukti waras ketika melakukan sesuatu kesalahan, dia berhak mendapat hukuman setimpal.Menurut Arif, isu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dicabul di sebuah masjid baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai apatah lagi pelaku didakwa mempunyai kad OKU.“Ada yang kata kalau dia OKU pembelajaran atau mental kenapa kemaluan dia tidak OKU? Saya boleh bagi contoh autisme.“Kebanyakan muslim autisme mengalami masalah perkembangan akal, mungkin usia fizikal 25 tetapi mental masih 7 tahun.“Sungguhpun akal mereka terbantut tetapi badan mereka telah sempurna membesar dan ciri-ciri seksual sama seperti dewasa lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan telah menjadi mangsa cabul lelaki berusia 19 tahun di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor.Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki berkenaan ketika solat Subuh.Tambah Arif, umat Islam berstatus autisme kebiasaannya mempunyai tingkah laku aneh dan ganjil dalam norma masyarakat.

Bercerita pengalamannya, dia mendedahkan pernah dianggap pencabul dalam kalangan rakan-rakan disebabkan gemar menarik seluar mereka ketika bermain, satu perilaku dilihat tidak normal dan ganjil.“Walaupun niat saya cuma hendak berseronok, tetapi tindakan itu telah menyebabkan ibu memfokuskan saya untuk duduk sahaja di rumah dan menghafal al-Quran.

“Apabila semakin dewasa, saya belajar ikut aturan sosial seperti tidak boleh tarik seluar walaupun dalam hati teringin sangat. Saya kena ikut aturan sebab saya tinggal dalam komuniti bukan majoriti autisme,” jelasnya lagi.Tegasnya, sistem ‘buddy’ bagi golongan OKU autisme amat penting bagi mengawasi dan memantau tingkah laku ketika berada di luar rumah, sama ada untuk perlindungan diri sendiri atau masyarakat sekeliling.“Saya tidak kisah orang kata saya mengada atau manja sebab tidak berdikari keluar sendiri.

“Saya lihat mafsadah lebih besar berbanding maslahah kerana tidak semua aturan sosial telah saya fahami - saya tetap autisme.“Saya terpaksa ikut aturan sosial demi kebaikan orang lain di dunia walaupun dari sudut hati, saya suka tingkah laku saya yang dianggap ganjil di mata orang kerana di mata saya tak ganjil. Tapi bila saya tinggalkan, ada kebaikan besar buat umat,” katanya.


Kemaskini pada 2025-02-24 07:37:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page