A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Kerajaan Selangor sedia kaunter bergerak
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kerajaan Selangor sedia kaunter bergerak

image


SERENDAH - Bagi memudahkan penyampaian bantuan yang disediakan Kerajaan Selangor secara menyeluruh, PKR Cabang Hulu Selangor bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Serendah Makmur menganjurkan Program Kaunter Bergerak khas buat penduduk di kawasan berkenaan."

Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, June Leow berkata, pelaksanaan kaunter bergerak tersebut adalah bagi memudahkan penduduk setempat mendaftar di bawah skim bantuan yang disediakan kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Insentif Perkahwinan Belia, Insentif Pengajian IPT dan lain-lain.

Menurut June, langkah berkenaan dapat membantu penduduk di daerah ini yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan skim bantuan berkenaan selain meringankan beban mereka.

“Pelaksanaan bantuan ini perlu dijalankan secara menyeluruh bagi membolehkan ia mencapai objektif dikehendaki kerajaan negeri sejajar dengan manifesto sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut June, pihaknya telah melaksanakan program kaunter bergerak ini secara terus ke kawasan terlibat sejak empat tahun lalu lagi dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan penduduk dan KRT."

Beliau berkata, pelaksanaan perkhidmatan tersebut dijalankan tanpa mengira ideologi bagi menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat setempat.

“Masih ramai penduduk tidak mengetahui mengenai skim ditawarkan kerajaan negeri dan ini menyebabkan mereka terpinggir dari mendapat bantuan disediakan.

“Jadi dengan turun terus ke lokasi terlibat, ia akan memudahkan penyampaian maklumat kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang layak,” katanya.

Selain itu, June memaklumkan, langkah ini juga dapat membantu pihaknya mendengar suara dan masalah dihadapi rakyat di kawasan setempat.

Menerusi program berkenaan juga, June memaklumkan, Sijil Premium Tawas sebanyak RM1,500 kepada 26 penduduk yang layak selepas mendaftar sebelum ini turut diberikan.


Kemaskini pada 2015-04-08 14:15:52 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page