Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bantah Projek Ternakan Ayam

  • Bantah projek ternakan ayamPenduduk mendesak supaya projek ternakan ayam secara komersil dibatalkan.
< 1 / 2 >

HULU BERNAM - Penduduk di sekitar Kerling mendesak supaya projek ternakan ayam yang sedang giat dibangunkan berhampiran kawasan ini dibatalkan berikutan akan mengundang pelbagai masalah pada masa hadapan.

Penghulu Mukim Kerling, Rusmi Minhat berkata, kebanyakan penduduk membantah pelaksanaan projek ternakan itu memandangkan ia terletak kira-kira 500 meter dari kawasan kediaman penduduk dan dibimbangi mengundang bau busuk.

“Pihak berkenaan akan membina reban di tanah seluas kira-kira enam ekar dan ia sememangnya amat meresahkan penduduk setempat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Selain bau busuk, Rusmi memaklumkan bahawa pelaksanaan projek itu juga akan mengundang kehadiran lalat dan penduduk berisiko terkena penyakit berjangkit.

Rusmi berkata, kapasiti pengeluaran ayam sebanyak 80,000 ekor akan dilaksanakan bagi satu pusingan ternakan tersebut.

“Jadi dalam masa setahun, ia akan melibatkan 12 pusingan dan kebanyakan ayam yang diternak ini tidak mustahil akan terkena jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Projek Ternakan Ayam, Mohd Sulaiman Supar memaklumkan bahawa projek tersebut telah mendapat kelulusan daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sejak November tahun lalu namun penduduk hanya mengetahui mengenai pelaksanaan itu dua minggu lalu.

“Tiada sebarang sesi perbincangan dilaksanakan terlebih dahulu. Keadaan ini seolah-olah menafikan hak penduduk setempat dan ia sememangnya tidak adil memandangkan kawasan terlibat hanya beberapa meter dari penempatan,” katanya.

Selain itu, Sulaiman memaklumkan bahawa pihak berkenaan turut tidak memaparkan sebarang notis dan papan tanda cadangan berhubung pelaksanaan projek tersebut di tapak terlibat.

Ujarnya, pihaknya khuatir kawasan tersebut akan berdepan dengan masalah seperti projek ternakan ayam di Kalumpang yang telah menyebabkan kehadiran lalat.
“Di Kerling kini, kami juga menghadapi masalah lalat dan bayangkan jika projek ternakan tersebut masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman memaklumkan bahawa bahawa pihaknya juga akan bertindak menghantar memorandum bantahan kepada pihak terlibat seperti MDHS, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor serta ahli majlis MDHS bagi membolehkan perkara itu mendapat perhatian sewajarnya.

Kira-kira 120 orang penduduk hadir menyertai bantahan berkenaan sebagai tanda menolak projek ternakan tersebut.


Kemaskini pada 2015-04-13 17:19:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page