Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Treler Jatuh Jambatan

  • Treler jatuh jambatanAnggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di KM414 Plus, awal pagi semalam.
< 1 / 1 >

LEMBAH BERINGIN - Seorang pemandu treler, S Manivannan, 30, maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke bawah jambatan di KM414, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dalam kejadian yang berlaku awal pagi, semalam.

Pemangku Ketua Balai Bomba Kuala Kubu Bharu, P Kireetharan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.47 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

Menurut Kireetharan, sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati treler terbabit berada dalam keadaan terbalik selepas jatuh daripada jambatan setinggi kira-kira 8 meter.

“Treler itu dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Beruntung menuju ke arah utara bagi menghantar muatan cermin,” katanya kepada Sinar Harian.

Kireetharan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, pemandu tersebut maut di tempat kejadian selepas cedera parah pada bahagian badan akibat dihempap treler berkenaan.

Menurutnya, bomba terpaksa berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa memandangkan tiada ruang yang cukup untuk memotong besi pada treler terbabit.

“Kami terpaksa guna khidmat kren untuk membantu mengangkat kepala treler berkenaan dan selepas itu barulah besi dapat dipotong bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Kireetharan memaklumkan, pihaknya terpaksa mengambil masa selama kira-kira satu setengah jam untuk mengeluarkan mangsa terlibat memandangkan perlu menunggu kren terlebih dahulu.

Menurutnya, mayat pemandu treler itu telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kecederaan yang dialami mangsa.

“Mengikut pemerhatian awal, treler berkenaan dipercayai terbabas sehingga menyebabkan ia terjatuh dari jambatan di lebuh raya ini.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan,”katanya.

Beliau berkata, bagi operasi menyelamat itu, pihaknya menerima bantuan daripada lapan anggota balai berkenaan termasuk pasukan khas Bomba Kuala Kubu Baru yang turut menghulurkan bantuan mengeluarkan mangsa.


Kemaskini pada 2015-04-27 18:12:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page