BIL | SOALAN |
1. |
Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian? Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30 dan kandungan maklumat urusan di dalam carian persendirian tidak terperinci. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. |
2. |
Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah? 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). |
3. |
Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan Mukim /Geran Mukim? HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar, dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri dan di daftarkan di PTG, Shah Alam. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah dan didaftarkan oleh Pejabat Tanah Daerah. |
4. |
Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik? 18 tahun ke atas |
5. |
Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik? Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik. |
6. |
Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang bukan Melayu? Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu |
7. |
Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut? Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari selepas itu, maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan.
|
8. |
Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang bukan Melayu?
|
9. |
Bagaimanakah cara-cara untuk mengisi Borang 14A (Borang pindahmilik Tanah) ? |
Kemaskini pada 2024-12-24 10:11:23 daripada Administrator