Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lokasi Panas Penagih Dadah Diserbu

  • Lokasi panas penagih dadah diserbuAnggota AADK sedang menjalankan proses dokumentasi selepas operasi selesai.
< 1 / 1 >

SERENDAH - Bertindak dari hasil maklumat risikan, sepasukan anggota Unit Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor bersama anggota narkotik Polis Daerah Hulu Selangor telah bertindak menyerbu di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Tok Pinang.

Ketua Pegawai AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata, kawasan berkenaan dipercayai telah dijadikan lokasi tumpuan bagi kegiatan penagihan dadah yang sering aktif pada waktu awal pagi di sini.

Menurut Ghazali, hasil serbuan tersebut, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki bersama lapan paket dadah dipercayai heroin.

“Lelaki terbabit dipercayai seorang pengedar dadah dan siasatan ke atasnya akan dikendalikan oleh pihak AADK di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. Selain itu, pihak narkotik PDRM juga akan menjalankan siasatan ke atas suspek terbabit mengikut akta sedia ada,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ghazali memaklumkan pihaknya turut berjaya menahan lapan individu lain yang disyaki penagih yang menjalankan kegiatan penagihan di lokasi tersebut.

Beliau berkata, operasi berkenaan ada satu kejayaan dan ia akan diteruskan i dengan kerjasama daripada Bahagian Narkotik IPD Hulu Selangor dalam membanteras kegiatan penagihan dadah di beberapa lokasi lain.

“Pihak kami juga akan terus mengesan penagih-penagih yang gagal mendaftar dengan AADK untuk program pemulihan selepas ini,” katanya sambil memberitahu, operasi sedemikian perlu diperbanyakkan sejajar dengan hasil perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah yang telah memutuskan untuk menggempur lokasi-lokasi panas yang dipercayai menjadi sarang penagih.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan klien-klien yang telah mendaftar dengan AADK agar dapat mengikuti program pemulihan dilaksanakan serta melaporkan diri di balai polis berdekatan.

“Di samping itu, mereka perlu patuh kepada syarat perintah ditetapkan oleh mahkamah dan diajak agar bersama-sama pihak AADK dan polis dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah,” katanya.


Kemaskini pada 2015-04-30 08:09:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page