Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemilik Ingkar , Dua Khemah Di Sita

  • Pemilik ingkar, dua khemah disitaAnggota penguatkuasa MDHS merobohkan khemah di salah sebuah premis untuk disita.
< 1 / 1 >

BANDAR UTAMA BATANG KALI - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengambil tindakan tegas dengan menyita dua unit khemah dalam operasi yang dijalankan di Kawasan Perniagaan Ara, semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MDHS, Khairul Nizam Mohamad Khanafi berkata, dua unit khemah berukuran 20x20 dan 20x40 tersebut disita setelah diletakkan di tempat awam sesuka hati dan menyebabkan halangan lalu lintas di sini.

Menurut beliau, khemah berkenaan masing-masing diletakkan di bahagian hadapan dan belakang premis kedai perabot berkenaan tanpa mendapat kebenaran MDHS.

“Pemilik premis dilihat telah melanggar peraturan ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Nizam berkata, sebelum ini, pihaknya pernah mengeluarkan notis dan mengenakan kompaun kepada pemilik premis berkenaan atas kesalahan tersebut.

Namun beliau memaklumkan pihak terbabit masih berdegil dan tidak mengalihkan struktur khemah berkenaan sehingga hari ini (semalam).

“Jadi disebabkan pemilik ingkar, kita terpaksa membuat sitaan ini bagi menguatkuasakan undang-undang ditetapkan MDHS,” katanya.

Menurut Khairul Nizam, tindakan sitaan berkenaan telah diambil dibawah Seksyen 46 (1) (d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

Dalam operasi berkenaan, beliau berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas sembilan premis lain yang turut terlibat dalam membuat halangan di tempat awam sebelum ini.

"Dari pemantauan, empat premis lain telah dikenakan notis bagi kesalahan sama,” katanya.

Beliau berkata, seramai 40 anggota penguatkuasa MDHS telah terlibat dalam operasi yang dijalankan berkenaan.

"Operasi  ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan untuk membuat halangan di tempat awam sesuka hati demi kepentingan tertentu,” katanya.


Kemaskini pada 2015-05-18 08:54:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page