Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR


BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Remaja lelaki lemas ketika mandi air terjun Sungai Pertak

Mangsa lemas ketika mandi di Sungai Pertak di sini pada Selasa.
Mangsa lemas ketika mandi di Sungai Pertak di sini pada Selasa.

 

KUALA KUBU BHARU – Seorang lelaki tempatan ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pertak, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 10.20 pagi.

 

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Kuala Kubu Bharu bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Usaha menyelamat berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 11.19 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 20 tahun dipercayai lemas ketika mandi di kawasan air terjun yang mempunyai kedalaman kira-kira lima meter,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, mangsa yang tidak sedarkan diri telah diberikan bantuan awal kecemasan di lokasi sebelum ambulans tiba kira-kira jam 11.25 pagi.
 

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.35 tengah hari.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas apabila paru-paru mangsa dipenuhi air,” jelasnya.
 

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan diri ketika mengunjungi pusat rekreasi, terutama di kawasan air terjun atau sungai.

“Langkah berjaga-jaga amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan,” katanya lagi.


Kemaskini pada 2025-07-31 07:46:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page