Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lelaki Tersepit Bawah Lori

  • Lelaki maut tersepit bawah loriMotosikal mangsa dilanggar lori seberat 1 tan, sementara mayatnya tersepit di bawah lori berkenaan.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Seorang lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikalnya dirempuh sebuah lori di Antara Gapi, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Supramaniam Ramasamy mengesahkan mangsa, Muhamad Naqiudin Norazmi, 24, maut di tempat kejadian.

“Kejadian berlaku pada jam 11 pagi selepas motosikal mangsa dari arah Serendah ke Antara Gapi mahu masuk ke simpang kanan jalan.

“Tiba-tiba, sebuah lori melanggar mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa tersepit di bawah lori,” katanya kepada Sinar Harian.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.  Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kireetharan Perumal \berkata, pihaknya  menerima panggilan pada jam 10.23 pagi dan tiba di kawasan kejadian jam 10.38 pagi.

 Pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dari bawah lori satu tan itu.

 Beliau berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dihantar bagi mengendalikan kemalangan tersebut.


Kemaskini pada 2015-06-12 15:58:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page