
Shazeli
HULU SELANGOR - Kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap seorang pegawai dan anggota polis yang didakwa menawarkan RM500 sebagai sogokan untuk menarik balik laporan yang dibuat individu berhubung kes along.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah mengenal pasti kejadian itu dan disahkan ia berlaku di salah satu daerah di negeri ini.
Menurutnya, laporan yang dibuat pengadu telah dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan siasatan sedang dijalankan.
"Setelah siasatan awal dijalankan, pihak kami berpuas hati memang wujud dari segi salah laku di pihak pegawai dan anggota tersebut dan atas arahan saya, kertas siasatan tatatertib dibuka ke atas mereka iaitu satu pegawai dan satu anggota," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini pada Isnin.
Tambahnya, pihak polis sentiasa mendengar aduan daripada masyarakat dan menguruskan perkara itu dengan baik.
Media sebelum ini melaporkan seorang mangsa sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along mendakwa ditawar RM500 oleh seorang pegawai polis sebagai sogokan untuk menarik balik laporan yang dibuatnya berhubung kegiatan jenayah itu minggu lalu.
Mangsa berusia lingkungan 40-an mendakwa membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada along berkenaan.
Individu itu dilaporkan berkata telah hadir di IPD terbabit pada 1 Oktober lalu untuk memberi keterangan.
Kemaskini pada 2025-10-07 08:38:51 daripada Administrator




.png)


Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat