Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Masih Tunggu Jejantas Dibina

  • Masih tunggu jejantas dibinaKeadaan jalan yang menghubungkan SK Bukit Sentosa 2 dan SMK Bukit Sentosa 2.
< 1 / 2 >

BUKIT SENTOSA - Penduduk sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa 2 yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sentosa 2 masih lagi mengharap sebuah jejantas dibina menghubungkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2. 

Penduduk, Masriah Khairi, 38, berkata, pihaknya kecewa kerana usul mengenai cadangan membina jejantas di situ yang dibuat sejak Januari lalu hingga kini masih senyap dan tiada sebarang pembangunan dilakukan di sekolah berkenaan. 

“Anak saya ada tiga orang bersekolah di sini jadi agak susah untuk saya hantar mereka sebab ada yang sekolah menengah. Jadi, saya terpaksa buat pusingan U bagi menghantar mereka ke sekolah rendah dan yang sekolah menengah. 

“Kalau ada jejantas yang hubungkan dua sekolah, bolehlah saya hantar di satu tempat saja dan mereka boleh guna jejantas yang dibina,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Penduduk, Ramli Mamat, 44, berkata, pihaknya juga masih lagi mengharap sebuah jejantas dibina memandangkan kesesakan sering berlaku terutama ketika waktu puncak. “Setiap hari kena redah sesak sebab ibu bapa letak kereta di tepi jalan raya di kedua-dua belah jalan terutama masa murid balik sekolah dan ada yang ke sekolah memandangkan sekolah ini ada dua sesi. 

“Kawasan ini pun selalu berlaku kemalangan sebab murid sekolah menengah selalunya bawa motosikal secara bahaya. Jadi saya harapkan jejantas dapat dibina di hadapan sekolah ini bagi menghubungkan sekolah menengah dan sekolah rendah,” katanya. 

Menurutnya, pembinaan jejantas perlu dipercepatkan memandangkan jumlah murid di sini yang semakin bertambah. 

“Tapi saya takut juga kalau siap jejantas nanti mereka tidak mahu naik, tetapi harap-harap tidaklah jadi begitu,” katanya. 

"Jalan di hadapan sekolah itu adalah laluan utama menghubungkan Bukit Sentosa dan Rasa, kenderaan berat pun memang guna laluan ini. Sebab itu kami mohon sangat jejantas dapat dibina di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menjelaskan, permohonan membina jejantas tersebut sudah dibawa ke peringkat Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) .

“Kita sudah pun bawa perkara ini ke ICU negeri dan pihak ICU sudah memohon secara rasmi ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 

“Saya juga dimaklumkan semuanya sedang berjalan lancar ketika ini dan sudah pun berada di tahap membuat draf untuk bajet pembinaan jejantas tersebut,” katanya. 

Menurutnya, ketika ini terpulang kepada KPKT untuk meluluskan bajet tersebut kerana pembinaan jejantas itu juga sudah diketahui oleh pengarah ICU negeri Selangor. 

“Ada beberapa perkara yang kita pertimbangkan iaitu kepadatan penduduk, keadaan lalu lintas di hadapan sekolah itu yang kita rasakan wajar jejantas itu dibina.

“Tetapi semuanya sedang dalam pemerhatian dan kita juga sedang menunggu peruntukan diluluskan di peringkat KPKT,” katanya.


Kemaskini pada 2015-06-18 11:38:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page