Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Peniaga Kecewa Gerai Kena Sita

  • Peniaga kecewa gerai kena sitaKeadaan gerai peniaga di Tesco Bukit Beruntung.
< 1 / 2 >

BUKIT BERUNTUNG - Peniaga bazar Ramadan Tesco Bukit Beruntung kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) enggan memberi kelulusan lesan tapak berniaga sedangkan surat permohonan sudah diberi sejak awal Jun lalu.

Penganjur bazar Ramadan Tesco, Suhaimi Zainal Abidin, 46,  berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan majlis yang hanya memberi surat mengatakan enggan memberi kelulusan tapak berniaga di Tesco sehari sebelum bazar dibuka.

“Kami hanya terima surat mengatakan majlis tidak beri kelulusan pada petang Rabu iaitu sehari sebelum puasa sedangkan semua peniaga sudah membeli peralatan dan membuat persiapan untuk berniaga pada hari pertama puasa.

“Tapak di sini pun bukan hak majlis kerana kami berniaga di tapak disediakan pihak Tesco. Kami hanya mohon kepada majlis lesen untuk menjalankan perniagaan bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini, tetapi mengapa mereka menolak permohonan kami?,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Suhaimi, pihak MDHS ada menyediakan tapak bazar di kawasan lain tetapi peniaga enggan membuka gerai di tapak disediakan kerana kawasan yang tidak strategik.

“Ikut pengalaman kami, di situ mana ada orang mau datang. Kalau buka pun tak laku. 

“Sebab itu kami ambil keputusan buka gerai di Tesco. Kami juga sudah bayar sejumlah wang untuk tapak di sini dan sepatutnya tak jadi masalah kerana ia hak Tesco,” katanya.


Berlaku kekecohan

Peniaga, Tajul Ariffin, 50, berkata, pihaknya turut kecewa dengan tindakan MDHS yang menafikan hak Melayu untuk mencari rezeki.

“Kami sudah pun minta buat dialog bersama peniaga dengan MDHS sejak Januari untuk luahkan perasaan tidak puas hati dengan tapak bazar yang disediakan majlis.

“Tapi mereka enggan layan dan dengar pendapat kami. Sepatutnya mereka juga dengar keluhan dan pendapat kami. Kami tahu kawasan mana yang boleh jadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Semalam turut berlaku kekecohan antara peniaga dan pegawai MDHS yang memberi saman kepada setiap gerai yang mahu memulakan perniagaan bazar Ramadan.


Jaga kepentingan peniaga lain

Dalam pada itu, Yang dipertua MDHS, Mohamad Zain A Hamid menjelaskan, penolakan berhubung lesen menjalankan perniagaan di Tesco sudah pun ditolak pada 4 Jun lalu oleh Jawatankuasa Perlesenan.

“Ini bagi menjaga kepentingan peniaga lain yang terlibat dalam Bazar Ramadan Mampas yang dianjurkan MDHS sendiri.

“Surat bertarikh 10 Jun sudah pun dikeluarkan dan kita sudah maklum awal berhubung penolakan tersebut.

“Ini jelas menunjukkan dakwaan kami memaklumkan pada saat akhir tidak benar sama sekali,” katanya.


Ambil pendekatan diplomasi

Beliau menjelaskan, MDHS juga cuba mengambil pendekatan secara diplomasi dengan mengadakan perbincangan terakhir dengan pihak Tesco jam 10 pagi semalam dan pihak Tesco kemudian bersetuju untuk menyelesaikan isu ini dan pihak majlis memberikan tempoh sehingga jam 1 petang agar peniaga yang meletakkan khemah agar mengemaskan dan mengosongkan kawasan tempat letak kereta.

“MDHS juga telah memaklumkan tindakan sita akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian. 

“Pihak majlis juga telah memberikan tawaran kepada peniaga tersebut agar berpindah ke lokasi yang telah disediakan di Jalan Kantan namun peniaga berdegil sehingga tercetus suasana tegang.

“Namun segalanya selesai apabila kumpulan peniaga tersebut akhirnya bersetuju untuk berpindah ke lokasi yang disediakan. 

“MDHS berharap semua pihak bekerjasama demi menjaga kepentingan semua pihak,” katanya.


Kemaskini pada 2015-06-22 07:42:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page