A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Ngeri dengar jeritan mangsa kemalangan
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ngeri dengar jeritan mangsa kemalangan

Ngeri dengar jeritan mangsa kemalangan

Janet menunjukkan jalan yang sepatutnya dibina lampu isyarat di simpang tiga jalan.

SERENDAH - Penduduk menggesa lampu isyarat dipasang di persimpangan jalan di Kampung Seri Serendah kerana kawasan itu kerap berlaku kemalangan maut.

Penduduk, Khairul Nizam Ahmad Joki, 34, berkata, simpang yang menghubungkan Taman Serendah Utama, Seri Serendah, Taman Idaman dan Taman Cempaka itu kerap berlaku kemalangan akibat kenderaan mengalami kesulitan untuk keluar dari simpang terbabit.

“Simpang itu juga menghala ke sekolah, jadi ibu bapa yang menghantar atau mengambil anak mereka ke sekolah turut menghadapi kesukaran melintas atau keluar dari simpang itu akibat kenderaan kiri jalan dari Rawang memandu terlalu laju.

“Saya juga meniaga di kawasan ini dan dah banyak kes kemalangan berlaku di sini. Rasa ngeri sebab saya selalu terdengar jeritan pemandu dan penumpang yang tersepit dalam kenderaan sebelum mati,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Janet Chok berkata, pihaknya turut berharap masalah ketiadaan lampu isyarat di situ dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Dalam tahun ini saja sudah lebih 10 kejadian kemalangan dan melibatkan kemalangan maut di situ. Terbaru Jun lalu pun ada kes mati di simpang tiga itu.

“Saya pernah buat permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk bina lampu isyarat di kawasan itu tetapi ditolak atas alasan Kampung Harun berhampiran persimpangan itu sudah ada dua lampu isyarat. Mereka beri alasan jika bina lagi lampu isyarat keadaan trafik makin sesak.

“Tetapi, isunya di sini, kawasan yang tiada lampu isyarat itu merupakan laluan utama ke sekolah. Nyawa penduduk dan murid sekolah lebih penting,” tegasnya.
Tambahnya, pihak sekolah juga ada meminta supaya lampu isyarat dibina tetapi ia turut ditolak atas alasan sama.

“Jika tidak mahu bina lampu isyarat pun, sekurang-kurangnya binalah papan tanda amaran supaya kenderaan yang lalu boleh kurangkan laju atau bina bonggol di simpang itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Daerah  Hulu Selangor, June Leow berkata, pihaknya sudah pun menerima aduan berhubung perkara ini.

“Saya akan pastikan perkara ini dibawa ke pengetahuan pihak terbabit bagi memastikan nyawa dan keselamatan penduduk terjamin,” katanya.

Tambahnya, JKR juga perlu membuat pertimbangan semula supaya memasang lampu isyarat di persimpangan jalan itu memandangkan kerap berlaku kemalangan maut.


Kemaskini pada 2015-07-31 08:34:41 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page