A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Budak lemas di air terjun
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Budak lemas di air terjun

Budak lemas di air terjun
Mangsa yang berusia empat tahun temui ajal ketika mandi di air terjun.

HULU SELANGOR – Keriangan satu keluarga menghabiskan cuti hujung minggu bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Sendat, Kuala Kubu, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fahmi Abd Kadir datang ke kawasan rekreasi itu bersama ayah dan dua beradiknya.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat  Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.53 petang.

“Seramai lima anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa telah dijumpai oleh orang awam sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, mayat mangsa kemudian di bawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat,” katanya.


Kemaskini pada 2015-08-03 12:31:08 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page