Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

730 Mesin Judi Haram Dilupus

730 mesin judi haram dilupus
Supramaniam mengendalikan sendiri jentera bagi memusnahkan mesin judi haram di IPD Kuala Kubu Bharu, semalam.

KUALA KUBU BHARU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya merampas 730 mesin judi haram untuk tempoh 2013 hingga 2014.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, jumlah mesin judi itu adalah melalui rampasan yang dibuat di seluruh Hulu Selangor.

"Selepas menerima kelulusan pada 26 Jun lalu dari Ketua Hakim Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Yang Arif Zulhelmy Hasan, kita kumpulkan kesemua 730 mesin judi terdiri daripada komponen komputer untuk dilupuskan serta-merta.

“Kesemua pesalah pun sudah dihadapkan ke mahkamah dan sejumlah 50 kertas siasatan dibuka bagi membuat pertuduhan di mahkamah,” katanya ditemui Sinar Harian selepas Majlis Pelupusan Barang Kes (Mesin Perjudian Komputer) di IPD Kuala Kubu Bharu, semalam.

Menurutnya, tertuduh yang didapati bersalah terlibat dalam kes perjudian haram boleh didenda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak lebih dari RM100,000.

“Bukan saja denda yang perlu dibayar tetapi sabit kesalahan mereka yang terlibat dalam perniagaan judi haram ini boleh dipenjara tidak lebih dari lima tahun dan akan didakwa di bawah Seksyen 16A (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai supaya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis jika ada sebarang kegiatan jenayah di kawasan mereka.

“Kita mahu orang ramai sama-sama membantu polis dalam menangani kes jenayah di daerah Hulu Selangor ini.

“Pihak kami juga akan sentiasa komited dan bertindak drastik terutama sekali dalam membasmi kegiatan judi haram ini dan kita mengadakan operasi banteras kes mesin judi haram ini setiap hari.

“Ini bagi memastikan daerah Hulu Selangor bersih dari kegiatan tidak bermoral ini,” katanya.

Kemaskini pada 2015-08-17 08:20:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page