Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pasar Baharu Ulu Yam Hampir Siap

Pasar baharu Ulu Yam hampir siap
 
Keadaan pasar Ulu Yam yang hampir siap untuk kegunaan orang ramai.

ULU YAM - Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Low Chun Yong memaklumkan bahawa kontraktor kini sudah pun dalam proses terakhir untuk menyiapkan pasar baharu Ulu Yam bagi menggantikan pasar lama yang terbakar pada Julai 2013 lalu.

“Kontraktor jangka pasar akan siap dalam hujung minggu ini tetapi disebabkan MDHS perlu membuat pemeriksaan lanjutan, jadi kita tetapkan ia bakal siap hujung bulan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Pasar berkenaan sepatutnya siap Mac lalu tetapi tertangguh akibat struktur tanah yang tidak sesuai dan sistem saliran yang perlu dinaik taraf.

Menurutnya, kerajaan negeri telah pun memberi peruntukan sebanyak RM632, 075 dan pasar dua tingkat itu mula dibina pada Oktober tahun lalu.

“Buat masa ini hanya tinggal kerja terakhir iaitu mengecat dan memasang siling bangunan saja.

“Bahagian bawah akan menjual barang basah, mempunyai enam tandas, tiga bilik stor berkunci dan tiga lot tempat berniaga.

“Manakala tingkat atas pula akan ditempatkan medan selera, gerai makanan termasuk tiga tandas.

“Kipas dan lampu sudah pun siap dipasang dan peniaga boleh masuk bila-bila masa sejurus kontrak sewa ditandatangani,” katanya.

Sementara itu, Chun Yong turut mengesahkan MDHS hanya menerima 13 permohonan sahaja bagi sewaan tapak berniaga di pasar baharu Ulu Yam tersebut.

Beliau turut meminta para peniaga yang berminat untuk menyewa tapak perniagaan di pasar itu supaya terus menghubungi beliau atau MDHS bagi mendapatkan keterangan lanjut.

“Kadar sewa pula hanya boleh diketahui selepas ia dibawa berbincang dalam mesyuarat penuh MDHS yang akan diadakan hujung bulan nanti,” katanya.

Kemaskini pada 2015-08-19 14:54:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page