A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Penduduk tertekan laluan sempit
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penduduk tertekan laluan sempit

Penduduk tertekan laluan sempit

Suntaresan menunjukkan keadaan jalan yang sempit di perumahan Jalan Besar, Hulu Bernam.

HULU BERNAM - Penduduk Perumahan Jalan Besar tertekan kerana keadaan jalan yang terlalu sempit hingga menyukarkan perjalanan kenderaan keluar dan masuk.

Penduduk, S Suntaresan, 31, berkata, pihaknya kesal kerana akibat keadaan jalan yang sempit, penduduk kampung sukar bergerak.

“Pernah berlaku kes kebakaran di sini pada tahun 2003 dan bomba terpaksa letakkan jentera mereka jauh dari kawasan kebakaran.

“Saya bimbang keadaan sama berulang. Takkan mahu kes kebakaran jadi lagi tapi keadaan jalan terus sempit begini?,” katanya.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan kelulusan dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sudah ada tetapi kerja membesarkan jalan dan membina jalan alternatif masih belum dimulakan lagi.

“Saya pun tak pasti mengapa kerja membina jalan alternatif belum boleh dibuat kerana sepatutnya ia boleh dimulakan kerana kelulusan sudah ada,” katanya.

Penduduk, Hamidah Wahab, 70, berkata, dia turut rasa terbeban dengan keadaan jalan yang sempit di kawasan itu.

“Kalau anak cucu balik sini, mereka terpaksa parkir kereta di kawasan halaman orang lain di jalan masuk ke sini.

“Iyalah.. kalau nak masuk sampai depan rumah kereta bolehlah lepas, tapi tak ada tempat pun nak letak kereta mereka.

“Jalan sini sempit sangat.

Kalau lori kecil lepaslah lalu, kalau yang besar memang boleh sangkut dinding rumah orang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Hulu Selangor, Rajkumar Batumalai berkata, pihaknya akan membawa perkara itu kepada pihak sepatutnya.

“Lagipun kawasan itu bukan taman perumahan dan kelulusan untuk membina jalan alternatif adalah di atas tanah milik penduduk.

“Walaupun sudah ada kelulusan majlis, tapi selagi pemilik tanah tak benarkan, kerja membuat jalan alternatif tidak boleh dimulakan.

“Saya akan jumpa semula dan berbincang dengan pemilik tanah di kawasan itu dan kalau boleh biarlah dapat kata sepakat dan ada perjanjian hitam putih supaya bila kerja membuat jalan sudah dimulakan nanti, tidak ada pertikaian di kemudian hari,” katanya.


Kemaskini pada 2015-08-27 12:41:10 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page