Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kenapa Permohonan Kami Ditolak

'Kenapa permohonan kami ditolak'
Sebahagian peniaga yang datang ke MDHS untuk membuat permohonan permit tetapi ditolak.

BATANG KALI - Peniaga pasar pagi Batang Kali meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang didakwa berat sebelah oleh Majlis Daerah Hulu Selangor kerana menolak permohonan permit perniagaan.

Peniaga, Aida Mohd Adam, 49, berkata, pihaknya kecewa dengan layanan yang diberikan majlis kerana permohonan untuk mendapatkan permit perniagaan ditolak tanpa sebab munasabah.

“Selama ni kita berniaga di situ tak perlukan permit pun. Bila dapat tahu baru-baru ni saja majlis minta peniaga mohon permit, kita datang sendiri ke majlis minggu lepas. Isi borang seperti biasa, ikut prosedur, tapi hampa.

“Bahagian lesen maklumkan permohonan ditolak atas sebab kami peniaga luar dan majlis buka 159 tapak untuk peniaga Hulu Selangor saja.

“Ini jelas tidak adil kerana ikut pengalaman saya, kebanyakan peniaga bukan semua dari sini, ramai dari luar,” katanya.

Menurutnya, selama dia berniaga di tapak pasar pagi itu, tiada notis atau pekeliling meminta mereka memohon permit perniagaan.

“Agak kecewa juga kerana selama ni penguatkuasa kata tak perlu ada permit pun tak apa. Tapak berniaga pun ikut siapa cepat dia dapat.

“Tapi bila kami mohon, ditolak mentah-mentah pula,” katanya.

Peniaga, Azmi Mohd Adam berkata, pihaknya turut berasa kecewa kerana majlis tidak melayan golongan peniaga sewajarnya.

“Kita dah pergi MDHS hari Selasa baru-baru ni. Isi borang elok-elok, tapi hampa. Kita dapat tahu permohonan ditolak pun dari orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, MDHS tidak menafikan keutamaan pemberian permit dan tapak perniagaan sememangnya diberikan kepada penduduk tempatan.

Yang Dipertua MDHS, Mohamad Zain A Hamid berkata, pihaknya sudah pun memberi kelulusan permit kepada peniaga melalui cabutan undian petak.

“Bagaimanapun, kita tidaklah sekejam yang disangka. Kerana permohonan peniaga dari luar kawasan MDHS tetap akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan,” katanya.

Tambahnya, buat masa ini, peniaga yang tidak ada dalam senarai kelulusan masih boleh menjalankan perniagaan mereka di tapak pasar itu.

“Tetapi untuk esok pagi (hari ini), peniaga yang tidak ada dalam senarai kelulusan akan ditempatkan di kawasan parkir pasar berhampiran jejambat,” katanya.


Kemaskini pada 2015-09-07 08:22:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page