Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tujuh Kenderaan Terlibat Kemalangan

Tujuh kenderaan terlibat kemalangan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas berkenaan.

BATANG KALI - Sebanyak tujuh kenderaan terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 46, Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden R Supramaniam mengesahkan, kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Kemalangan berlaku pagi tadi (semalam) pada jam 10.39 pagi di Kilometer 46, Jalan Kuala Lumpur ke Ipoh di Batang Kali. Ia melibatkan enam kenderaan iaitu sebuah lori, dua kereta Myvi, dua jenis kereta jenis Honda dan sebuah lagi kereta BMW.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat dari kemalangan tersebut tetapi kesemua jenis kenderaan mengalami kerosakan teruk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, punca kemalangan akibat tayar lori yang dipandu Mohd Rizal Jamaludin pecah.

“Ia berlaku ketika lori yang dipandu Faizal mengalami pecah melibatkan tayar kiri hadapan lori. Lori kemudian hilang kawalan menyebabkannya melanggar enam kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan ketika pemilik kenderaan sedang menghadiri kenduri doa selamat di rumah Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan,” katanya.

Menurutnya, salah sebuah kereta Myvi merupakan kepunyaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kesemua kenderaan mengalami kerosakan teruk. Cuaca juga baik ketika kemalangan berlaku dan punca kemalangan hanya disebabkan tayar hadapan lori itu pecah hingga menyebabkan kemalangan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemaskini pada 2016-02-22 08:25:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page