Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua Kereta Bertembung , 3 Cedera Parah

Dua kereta bertembung, 3 cedera parah
Kenderaan hancur teruk akibat kemalangan yang menyebabkan tiga parah di Kalumpang, semalam.

HULU SELANGOR  - Tiga cedera parah apabila kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain di Kilometer 67, Jalan Kuala Lumpur menuju Ipoh, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan R Supramaniam mengesahkan, tiga yang parah menaiki Proton Wira bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.

“Kejadian berlaku pada jam 11.50 pagi apabila kereta yang dipandu M Hanizam Abu Samah (32) dari Hulu Bernam dirempuh pemandu kereta Mercedes.

“Kereta Mercedes dipandu seorang wanita dari arah Kuala Lumpur menghala ke Tanjong Malim gagal memotong kenderaan lain di laluan dua hala dan merempuh kereta wira yang dipandu Hanizam,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan turut membawa kanak-kanak berusia tiga tahun dan kedua-dua mereka turut tercedera dalam kemalangan tersebut.

“Hanizam turut membawa penumpang lain berusia empat tahun dan 11 bulan dalam kemalangan tersebut dan mengalami kecederaan parah.

“Kelima-lima mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapat rawatan,” katanya.

Maklumat lanjut dan identiti wanita yang memandu Mercedes dan penumpang bagaimanapun belum dapat diperoleh.

“Siasatan kemalangan itu dijalankan di bawah Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kemaskini pada 2015-09-21 08:41:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page