Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kadar baharu fi lesen MDHS

Kadar baharu fi lesen MDHS

Mesyuarat Penuh MDHS yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDHS, Mohamad Zain A. Hamid.

KUALA KUBU BHARU - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bakal melaksanakan kadar baharu fi lesen perniagaan bermula 2016.

Yang Dipertua MDHS, Mohamad Zain A. Hamid berkata, kadar baharu itu akan dilaksanakan untuk kadar yang dilaksanakan pada 2007 berbanding kadar yang dikenakan ketika ini menggunakan kadar 1987.

“MDHS merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terakhir melaksanakan fi lesen 2007 ini.

“Sekarang ini kita guna fi lesen 1987 dan tidak pernah naikkan. Beza 20 tahun itu dan kadar ini akan kita kenakan kepada peniaga bermula tahun hadapan,” katanya kepada Sinar Harian selepas Mesyuarat Penuh MDHS, kelmarin.

Tambahnya lagi, kadar fi lesen perniagaan itu bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan peniaga.

“Paling tinggi kenaikan pun yang libatkan perniagaan dalam sektor industri.

“Walaupun akan ada kenaikan, tetapi ia tidak akan bebankan peniaga,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini dalam proses memindahkan data sedia ada dari 1987 kepada kadar yang akan dilaksanakan menggunakan fi perniagaan 2007.

“Dalam tempoh dua bulan ini kita akan pindahkan data. Jadi, buat masa ini kita minta para peniaga supaya datang ke majlis dan kemas kini data supaya kita dapat keluarkan bil untuk kadar yang baharu.

“Ia bagaimanapun hanya libatkan kenaikan dari segi peratusan sahaja tapi tidak libatkan kadar wang yang banyak.

“Kita jamin kadar baharu ini tidak akan bebankan peniaga. Lagi pun, semua PBT sudah laksanakan kadar ini dan kita PBT terakhir laksanakan fi perniagaan ini untuk 2007,” katanya.


Kemaskini pada 2015-11-02 07:47:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page