Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pacak Notis Bersih Tanah

Pacak notis bersih tanah
Sebahagian kawasan tanah kerajaan mukim Sungai Gumut yang diceroboh dan ditanam kelapa sawit sejak pertengahan September lalu.

KALUMPANG - Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor bertindak tegas melakukan operasi memacak notis ke atas tanah kerajaan yang diceroboh seluas 14.4 hektar di Sungai Gumut.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pihaknya sudah menghantar surat pemberitahuan kesalahan di bawah Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara pada 30 September lalu, namun, pihak penceroboh enggan membersihkan kawasan tanah yang sudah diceroboh.

“Sebanyak 7.2 hektar daripada tanah yang diusahakan telah ditanam kelapa sawit yang berumur anggaran setahun kerana dipercayai mereka membeli pokok kelapa yang sudah berusia setahun dan menanam di kawasan yang diceroboh itu.

“Terdahulu, sebahagian kawasan iaitu 3.2 hektar pernah diluluskan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi tujuan pertanian berkelompok tetapi lesen itu sudah lama tamat tempoh,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fauzi berkata, pihaknya telah memacak notis pada 2 September tetapi tetap menerima aduan berhubung pencerobohan tanah itu dan buat keputusan pacak lagi notis pada hujung September.

“Pernah juga kita buat operasi besar-besaran dan musnahkan seluas 6.4 hektar kebun yang ditanam kelapa sawit,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, pihak penceroboh mula menanam lagi kelapa sawit pada September.

“Perkara ini jadi agak rumit kerana pihak yang menanam kelapa sawit akan membayar sejumlah wang kepada penceroboh dan mereka faham tanah itu milik penceroboh lalu beranggapan tanah itu mempunyai lesen.

“Penceroboh akan borong sejumlah borang di pejabat tanah dan beri kepada penanam kelapa sawit itu untuk meyakinkan lagi yang tanah itu milik mereka tetapi sebaliknya, status tanah itu sebenarnya hak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, unit penguatkuasa akan terus menjalankan rondaan serta pemantauan secara berkala di kawasan tersebut bagi memastikan tiada lagi pencerobohan tanah kerajaan berlaku.

“Pada minggu hadapan, kita akan adakan mesyuarat bersama pelarasan operasi dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat kerja pembersihan menggunakan jentera.

“Jika mereka ingkar dengan notis yang kita berikan, pihak kita sendiri akan bersihkan guna jentera,” katanya.


Kemaskini pada 2015-11-09 08:05:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page