A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor 'Kami sekeluarga rindu Jashiah'
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

'Kami sekeluarga rindu Jashiah'

Kami sekeluarga rindu Jashiah

Wajah gusar terpancar jelas di wajah Ruzilan ketika ditemui di pondok berkawal polis kampung Buluh Telur, semalam.

 

KUALA KUBU BHARU - Suami Jashiah Rabu yang hilang sejak 23 Oktober lalu mengakui hidupnya kini semakin sepi dan dia mula merindui kehadiran isteri di sisinya.

Ruzilan Omar, 57, berkata, perkahwinan bersama Jashiah yang sudah menjangkau 24 tahun sudah tentu mengundang kerinduan selepas kehilangan guru besar itu.

“Sebagai suami kerinduan tu pasti ada. Memang saya rindu dengan dia. Anak-anak pun rindu sangat dengan ibu mereka. Seluruh keluarga sangat rindu dengan dia sebab dia hilang tanpa berita dan dalam keadaan tak disangka.

“Masa sihat, dia sangat peramah dan semua orang mengakui senang berurusan dan berkawan dengan Jashiah tetapi sejak dia sakit barah payudara, dia jadi murung dan terpaksa bercuti dari jalankan tugas sebagai guru besar sejak setahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pondok berkawal polis di Kampung Buluh Telur, semalam.

Jashiah dikatakan keluar dari rumah di Taman Seruling 23 Oktober lalu ketika Ruzilan mengambil anak bongsu mereka di Rawang. Hingga kini usaha menjejaki Jashiah masih lagi menemui jalan buntu.

“Kami sekeluarga pun ada ikut pasukan keselamatan masuk hutan dan cari isteri saya tapi hingga kini tiada sebarang petunjuk lagi. Kami sekeluarga pun ada didatangi pengamal perubatan hingga dari Johor ada yang sudi bantu tolong untuk cari Jashiah.

“Rata-rata pengamal perubatan mengatakan isteri saya masih selamat tetapi dia 'dipegang' sesuatu di hutan tu dan 'benda tu tak mahu lepaskan dia.

“Bukan mahu percaya tetapi saya berusahalah cara lain untuk cari isteri saya dan saya berharap isteri saya selamat di “sana”,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri yakin Jashiah masih sihat walaupun berada di “alam” sana dan berharap supaya “mereka” dapat pulangkan semula isterinya dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Hulu Selangor, Superintenden R Supramaniam mengakui pihaknya terpaksa menutup operasi pondok berkawal polis di kampung Buluh Telur buat sementara waktu.

“Namun, operasi mencari dan menyelamat masih lagi kita jalankan seperti biasa. Tapi pondok berkawal saja yang akan ditutup sementara waktu bermula hari ini (semalam) dan hanya akan dibuka semula jika kita ada penemuan positif,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menyampaikan ribuan terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), penduduk kampung orang asli Buluh Telur dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat Jashiah yang sudah masuk hari ke-16 semalam.


Kemaskini pada 2015-11-12 10:15:39 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page