A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Mana kontraktor bertanggungjawab?
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mana kontraktor bertanggungjawab?

Mana kontraktor bertanggungjawab?
Mat Nadzari turun padang untuk melihat sendiri keadaan naik taraf jalan Bukit Sentosa.

BUKIT SENTOSA - Projek menambah baik struktur jalan raya di Bukit Sentosa tidak mengikut spesifikasi hingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama sekali motosikal.

Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, pihaknya bimbang dengan cara pembaikan jalan rosak di sekitar Bukit Sentosa yang terlalu banyak cacat cela.

“Pihak kontraktor juga tidak letakkan papan tanda keselamatan yang banyak di sepanjang jalan yang terlibat dengan proses penurapan ini.

“Sepatutnya mereka letakkan papan tanda keselamatan supaya pengguna jalan raya senang lihat dan ambil langkah berhati-hati apabila lalu jalan yang terlibat. Kita juga tidak mahu gerai tepi jalan terjejas.

“Saya juga dimaklumkan kontraktor sudah tidak buat kerja sejak dua minggu sebelum Deepavali, jadi masuk minggu ni sudah masuk sebulanlah kerja pembaikan jalan tak dibuat, jadi bagaimana dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM5 juta itu boleh digunakan dengan betul?,” katanya kepada Sinar Harian semasa turun padang melihat jalan raya di sekitar Bukit Sentosa yang sedang dinaik taraf, semalam.

Elak peruntukan sia-sia

Menurutnya lagi, disebabkan sikap lepas tangan kontraktor yang tidak menjalankan kerja dengan efisien juga menyebabkan struktur bawah jalan yang sudah diletakkan batu sebelum diturap menjadi lembik akibat hujan yang kerap turun.

“Apabila lapisan bawah pun sudah lembik, bila diturap sudah tentu ia akan jadi kurang berkualiti. Takkan mahu keluarkan bajet lebih pula kalau dah turap pun tak ikut spesifikasi sepatutnya.

“Saya juga kesal dengan keadaan jalan yang sudah diturap sangat nipis, hanya kira-kira dua inci saja. Sepatutnya pihak kontraktor turap setebal empat inci untuk memastikan jalan tidak rosak dan tidak jejaskan ketahanan jalan.

“Saya tak mahu perkara yang saya dah perjuangkan dalam sidang Dun beberapa penggal ini sia-sia saja kerana isu jalan di sini bukan isu baru. Saya juga tidak mahu perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM5 juta terjejas disebabkan sikap kontraktor yang lepas tangan ni.

“Kalau nak buat jalan, kenalah pantau dengan baik. Saya bimbang projek ni terjejas dan akhirnya merugikan rakyat pula. Harap pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) turun padang dan buat pantauan,” katanya.

Penduduk bimbang

Orang ramai turut melahirkan rasa bimbang kerana pihak kontraktor mengambil sikap sambil lewa kerana tidak meletakkan papan tanda keselamatan dengan sewajarnya.

Penduduk, Ahmad Daud Alwi, 55, berkata, keadaan jalan yang dibina di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sentosa dan masjid tidak mempunyai sebarang papan tanda amaran bahaya.

“Bonggol pun tidak diletakkan menyebabkan kenderaan yang melalui jalan di hadapan sekolah tidak mengawal kelajuan kenderaan mereka.

“Kita tak mahulah murid sekolah jadi mangsa pula. Bila mereka turap jalan, hanya satu lorong saja dibuka dan menyebabkan jalan pun sesak.

“Pihak kontraktor seharusnya memikirkan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Bagi Latip Abdullah, 55, kualiti jalan diturap juga tidak setanding jalan lain menyebabkan dia sendiri kecewa dengan kontraktor yang bertanggungjawab menurap jalan.

“Masa bekerja pun mereka tak ikut disiplin. Macam hari ni (semalam), dah jam 11 tapi kerja turap jalan tak dimulakan lagi. Takkan cuti Deepavali lama sangat.

“Perkara seperti ini jugalah yang boleh lewatkan projek ni siap dari tarikh yang ditetapkan. Bila lambat siap, sudah tentu kos pun meningkat. Ini yang kita tak mahu,” katanya.

Isu tidak cukup papan tanda keselamatan

Dalam pada itu, Ahli Majlis Hulu Selangor, June Leow berkata, pihaknya tidak menafikan kekurangan papan tanda keselamatan menyebabkan pengguna jalan raya bimbang dan kerap berlaku kemalangan di kawasan pembinaan jalan.

“Kita akan bincang semula dengan pihak kontraktor dan akan pastikan masalah ini dapat diselesaikan segera.

“Saya juga akan pastikan tiada kos penambahan RM5 juta kerana kos itu hanya kos permulaan saja.

“Projek dah pun berjalan sejak pertengahan September lalu dan dijangka siap hujung tahun ini melibatkan Persiaran Jenjarum 1.43 kilometer, Lingkaran Masjid 0.8 kilometer dan Persiaran Seroja 1.7 kilometer dengan jumlah keseluruhan jalan ialah 3.93 kilometer,” katanya.

Menurutnya, isu keselamatan sememangnya perlu ditekankan dan beliau akan bersemuka sendiri dengan kontraktor bagi membincangkan masalah ini.


Kemaskini pada 2015-11-18 09:47:52 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page