A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor ‘Tolonglah, itu sahaja harapan kami ada’
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

‘Tolonglah, itu sahaja harapan kami ada’

‘Tolonglah, itu sahaja harapan kami ada’

Lebih 50 peneroka asal dan waris menuntut hak mereka supaya dikembalikan semula.

BUKIT SENTOSA - Bekas peneroka Felda Sungai Buaya menuntut hak tanah supaya dikembalikan semula selepas didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pengurusan tadbir tanah sejak 21 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Felda Sungai Buaya, Sallehuddin Ahmad berkata, syarikat itu hanya dilantik sebagai pentadbir tanah milik peneroka saja dan bukannya merampas tanah milik peneroka dengan cara menipu.

“Daripada 363 peneroka yang terlibat, kini yang hidup hanya lebih kurang 60 saja. Selebihnya sudah meninggal dunia.

“Selama 21 tahun masalah ini berlarutan, bekas peneroka masih lagi mengharapkan isu tanah yang asalnya milik mereka diselesaikan dengan segera.

“Disebabkan masalah ini sudah berlarutan hingga 21 tahun, bekas peneroka dan waris bekas peneroka buat laporan polis hari ini (semalam) supaya segala salah laku syarikat disiasat pihak berkuasa,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung isu tanah dan bayaran baki tertunggak pembangunan tanah bekas peneroka Felda Sungai Buaya di Balai Polis Bukit Sentosa, semalam.

Desak selesaikan tunggakan secara tunai

Menurutnya, bekas peneroka tidak mahu lagi syarikat berkenaan membuat sebarang urusan bagi pihak mereka.

“Kali terakhir jumpa wakil syarikat itu pada 15 September lalu bersama wakil kerajaan negeri. Cadangan kerajaan negeri ialah ada pihak lain berminat nak beli tanah bekas peneroka itu tapi apa pun, tetap berbalik kepada pemegang saham dan perlu tanya persetujuan untuk jual atau tidak.

“Atas arahan, akan ada Jawatankuasa Khas Peringkat Tertinggi Negeri Selangor yang akan menilai dan pertimbangkan kaedah terbaik untuk selesaikan masalah ini.

“Kami tak mahu lagi mereka (syarikat itu) campur tangan urusan tanah kami. Walaupun atas kertas memang hak mereka, tapi hakikatnya tanah itu hak peneroka. Mereka hanya mentadbir saja. Jadi pulangkanlah semula pada yang asal,” tegasnya.

Bekas peneroka dijanjikan jumlah bayaran purata sebanyak RM1 juta setiap seorang tetapi pihak berkenaan hanya membayar RM300,000 secara ansuran.

“Ada juga bekas peneroka membeli rumah di Bandar Sungai Buaya secara kontra iaitu harga belian rumah ditolak hasil jualan tanah masing-masing.

“Setakat tahun 2002, selepas penamatan perjanjian, syarikat berkenaan masih berhutang kepada 363 bekas peneroka lebih kurang RM227 juta atau secara purata RM625,000 setiap seorang.

“Kami mahu ia dibayar secara tunai, keseluruhan atau sekali gus dan tidak mahu lagi dibayar secara ansuran atau mengikut fasa pembangunan projek seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Bekas peneroka sedih hilang tanah

Bagi bekas peneroka, Jamadi Mohamad, 70, dia sedih kerana hasil usahanya mengusahakan ladang getah sejak tahun 1964 lebur begitu saja.

“Sedih sebab tanah dah tak ada. Mereka janji nak bayar ikut keluasan tanah. Yang dapat pun hanya RM300,000. Itu pun bukan dibayar sekali gus.

“Kawan-kawan pakcik yang lain ramai dah meninggal. Mereka janji nak selesaikan semua tahun 1998 tapi sampai sekarang senyap.

“Kenapa janji mahu beli dulu kalau sebenarnya tak ada duit? Mereka beli tanah tapi dengan cara menipu orang kampung. Surat perjanjian asal pun kami tak ada. Mereka suruh kami tanda tangan saja.

“Pakcik cakap ada fakta dan bukti. Kalau nak kata pakcik ni yang salah, tangkaplah pakcik. Bila jumpa wakil syarikat, kami pula dikatakan datang sebagai pengacau,” katanya.

Minta kerajaan negeri campur tangan

Bagi bekas peneroka, Makkazen Marzuki, 74, dia menuntut supaya kerajaan negeri peringkat tertinggi turut masuk campur dan menyelesaikan masalah bekas peneroka di Felda Sungai Buaya itu.

“Kalau boleh biarlah Tuanku Sultan ikut masuk campur dan tolong kami. Kami mahu syarikat itu dihapuskan dan hak kami dikembalikan.

“Kami dah tunggu sampai 21 tahun. Kawan-kawan lain ramai yang sudah tidak ada.

“Sampaikan yang ada pun, ramai terlantar sakit. Itu pun mulut mereka masih lagi mahu tuntut hak. Kasihanilah kami. Itu saja harapan kami,” katanya.

 


Kemaskini pada 2015-12-08 09:14:49 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page