Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Misteri bau busuk terungkai

Misteri bau busuk terungkai
Keadaan mayat ketika ditemui di rumah kedai disewa mangsa.
 

HULU SELANGOR - Misteri bau busuk di deretan rumah kedai terungkai selepas polis menemui jasad seorang lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mayat Hasmaddi Hashim, 47, ditemui mati di rumah kedai dalam keadaan seorang diri.

“Kita jangka si mati sudah meninggal dunia lebih kurang tiga hari lalu kerana keadaan mayatnya yang sudah pun berbau.

“Memandangkan keadaan mayat yang sudah berbau, tiada sebarang kejadian jenayah yang boleh kita kaitkan dengan kematian mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pihak polis menerima aduan berhubung bau busuk di rumah kedai tersebut dipercayai diduduki Hasmaddi.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat menunjukkan kematian berpunca akibat serangan jantung,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mohd Mansor Sarif, 65, berkata, dia menerima aduan berhubung bau busuk itu melalui penduduk kampung.

“Memang bau busuk tersebut lain macam. Baunya bukan berpunca dari haiwan mati. Kemudian, abang si mati buat aduan kepada polis kira-kira jam 2 petang.Polis datang membuat sisatan dan menemui mayat Hasmaddi.

“Hasmaddi memang duduk menyewa seorang diri di rumah kedai itu. Dia masih bujang. Misteri bau busuk ini akhirnya terungkai dengan penemuan mayat Hasmaddi. Kita reda dan bersyukur sebab dia meninggal bukan akibat khianat atau sebarang unsur jenayah,” katanya.

Dia turut menasihati penduduk kampung lain supaya tidak tinggal seorang diri untuk menghindari perkara tidak diingini berlaku.

“Bukanlah kita minta perkara yang buruk berlaku tapi kalau boleh kita elakkan. Kalau boleh jangan tinggal seorang diri. Kecuali kalau terpaksa kerana sudah tidak ada waris atau memang sebatang kara, itu memang tak boleh kita nak elak.

“Tapi sekurang-kurangnya, kalau kita tinggal seorang diri pun, jiran-jiran perlu peka dan mainkan peranan dengan ambil peduli keadaan jiran yang sudah sebatang kara dan tinggal seorang diri,” katanya.


Kemaskini pada 2016-10-07 10:25:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page