Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bas tak cukup susahkan pengguna

Bas tak cukup susahkan pengguna
Kee Hiong (berdiri, kiri) ketika melawat stesen bas di Kuala Kubu Bharu dan menyelami masalah orang ramai
yang menunggu bas terlalu lama, semalam.

 

 

KUALA KUBU BHARU - Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mendesak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (Spad) agar memberi penjelasan mengenai isu bas yang tidak mencukupi di stesen bas Kuala Kubu Bharu. 

 

 

Menurutnya, isu itu sudah berlanjutan sejak beberapa bulan lalu dan perkhidmatan bas untuk ke Tanjung Malim dan Rawang semakin terjejas kerana hanya dua bas saja tersedia untuk kegunaan orang ramai. 

“Sebelum ini ada empat tapi sekarang makin teruk sampai tinggal dua saja. Orang ramai terpaksa tunggu berjam-jam dan kadang-kala, bas tidak masuk langsung ke Kuala Kubu Bharu sedangkan ramai yang menunggu. 

“Saya sangat kecewa dengan perkhidmatan bas awam yang cukup teruk. Sepatutnya Spad sediakan lebih banyak bas lagi dan perkhidmatan juga perlu ditambah baik. 

“Saya beri masa hingga bulan ini dan jika tiada sebarang perubahan, saya sendiri akan bertemu dengan Spad dan desak mereka untuk selesaikan isu bas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika melawat stesen bas Kuala Kubu Bharu, semalam. 

Menurutnya, masalah juga timbul kerana tiada sesiapa yang menjaga atau mengawal perjalanan bas daripada pihak pengusaha bas tersebut. 

“Jadual perjalanan bas pun tak ada menyebabkan bas yang sedia ada masuk dan keluar ikut suka hati mereka. 

“Pengusaha bas sepatutnya meletakkan jadual waktu perjalanan bagi memudahkan orang ramai. 

“Sekarang ini mungkin tidak berapa ramai sangat yang menunggu tetapi bila sekolah buka nanti saya pasti masalah akan jadi bertambah rumit kerana ramai murid yang menggunakan perkhidmatan bas. 

“Kalau boleh saya mahu penduduk pun senang hati dengan perkhidmatan bas di Kuala Kubu Bharu ini kerana ia sekali gus menjadi cermin sebuah pekan yang kaya dengan warisan sejarah,” katanya. 

Beliau berkata, jika mutu perkhidmatan bas tidak mempunyai kelas tersendiri, ia akan menjejaskan imej Kuala Kubu Bharu sekali gus menambahkan beban kepada penduduk tempatan. 

Penduduk, Shamsiah Johari, 56, berkata, dia kecewa dengan perkhidmatan bas di stesen bas itu yang tidak menepati masa. 

“Kalau kita tunggu dari awal pun kadang tu tak ada bas langsung. Pernah saya tunggu bas nak balik Rawang sampai empat jam. 

“Saya datang sini bukan suka-suka. Sebab ada urusan nak buat pasport. Bila nak balik rumah, tak ada bas sampai terpaksa panggil anak datang ambil saya di sini. 

“Pernah juga nak ke stesen komuter tetapi hanya ada teksi sapu dan mereka ambil tambang agak mahal. Jadi tiada pilihan terpaksalah guna teksi sapu,” katanya. 

Dia berharap agar isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan bas awam.


Kemaskini pada 2016-10-07 10:25:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page