Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pengurus projek cedera dilibas parang

Pengurus projek cedera dilibas parang
Keadaan tangan mangsa yang cedera selepas dilibas dengan parang oleh suspek.

 

 

BATANG KALI - Seorang pengurus projek disamun lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Bandar Baru Batang Kali, kelmarin. 

 

 

Ketua Polis Daerah, Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku pada jam 10.50 pagi ketika mangsa, Basri Abu Bakar, 47 dan isterinya baru sahaja sampai ke rumah selepas membeli barang dari pasar. 

“Belum sempat mangsa mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang, dia terdengar jeritan isterinya. 

“Sebaik mangsa keluar dari kereta, tiba-tiba seorang suspek bersenjatakan parang terus melibaskan parang ke arah mangsa menyebabkan mangsa cedera di pipi dan luka di tangan kanan. 

“Rupa-rupanya ada lagi dua suspek lain turut bersenjatakan parang berada berdekatan dan seorang lagi menaiki motosikal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Menurutnya, suspek melarikan beg tangan isteri mangsa yang mengandungi telefon bimbit, kad pengenalan, wang tunai RM50 serta lesen memandu. 

“Telefon bimbit mangsa turut sempat dilarikan suspek pada kejadian berkenaan. Selain itu, gelang tangan isteri mangsa turut dilarikan. 

“Mangsa menerima 10 jahitan selepas terkena libasan parang oleh suspek dan hanya calar di pipi kiri. 

“Polis ketika ini sedang memburu suspek yang memakai topi keledar dan membawa motosikal Yamaha 125z warna hitam tetapi nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan lagi,” katanya. 

Beliau turut meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian tersebut supaya tampil memberi kerjasama kepada polis.


Kemaskini pada 2016-10-07 10:25:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page