Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Paip pecah setiap bulan

Paip pecah setiap bulan

Kerja pembaikan sedang dijalankan bagi mengelakkan masalah paip pecah di Taman Genting Permai.
 

BATANG KALI - Penduduk Taman Genting Permai sudah tidak tahan lagi berdepan masalah gangguan bekalan air terlalu kerap dalam masa sebulan akibat paip pecah.

Salah seorang penduduk, Mohd Rasif Rawi, 45, berkata, kejadian paip pecah berlaku terlalu kerap menyebabkan penduduk berang kerana terpaksa berdepan masalah gangguan air.

“Kejadian paip pecah berlaku tiap-tiap bulan, malah pernah dua tiga kali pecah dalam sebulan.

“Saya pernah hadir mesyuarat bersama wakil Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan mereka sendiri mengaku batang paip wajib ditukar kerana sudah terlalu uzur. Tapi sampai sekarang masih tak diganti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, masalah itu sudah berlarutan sekian lama, namun pihak bertanggungjawab masih tidak mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami pun nak hidup selesa macam orang lain. Kalau setiap bulan selalu ada masalah air, siapa yang boleh sabar.

“Kita buat aduan tapi masih tak ada tindakan,” katanya.

Rahim Ghazali, 50, pula berkata, masalah itu kini menjadi beban besar dalam hidupnya.

“Banyak kali aduan dibuat. Bila dah dibetulkan, tak lama lepas tu pecah lagi.

“Mana tak pecah, kalau batang paip yang digunakan pun dah terlalu uzur. Sepatutnya dah lama diganti. Kalau macam ni sampai bila pun tak selesai," katanya.

Bagaimanapun ketika Sinar Harian datang membuat lawatan semalam, kontraktor Syabas sedang melakukan kerja pembaikan batang paip di kawasan tersebut.


Kemaskini pada 2016-10-07 10:23:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page