Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mat gian tumpas dalam serbuan AADK dan PDRM

dadah

 

 

HULU SELANGOR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor dan Polis Diraja Malaysia berjaya memberkas lima mat gian dalam satu operasi bersepadu, awal pagi tadi.

 

 

Ketua Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Hulu Selangor, Haszihan Mohd Adim Muhir berkata, operasi yang bermula ‎jam 1 pagi dan berakhir jam 7 pagi mendapat kerjasama dengan Jabatan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

"Serbuan pertama di Kampung Gesir Tengah kita berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita di premis kedai dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi," katanya.

Difahamkan, individu yang  berjaya ditahan itu juga merupakan individu yang sudah lama dikehendaki dan pihak polis berjaya menahan dalam serbuan berkenaan. ‎

"Habis saja di serbuan pertama, kami seterusnya bergerak ke kawasan berhampiran melibatkan hotel bajet sekitar Tanjung Malim dan berjaya memberkas tiga lelaki.

"Dalam serbuan itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan kita dapati positif syabu dan mereka turut ditahan kerana memiliki syabu," katanya.


Kemaskini pada 2016-10-07 10:22:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page